25.9.11

HELLO! New Semester New Year !

Assalamualaikum semuanya...
Dah lama rasanya aku tak post entri kan...kali nie aku nak menceritakan tentang life aku setelah sekembalinya ke UPM yang terchinta...2 minggu sudah semester baru bermula tp ku rasakan dah mcm 2bulan semester bermula...huhu, why? why? why? jadual aku yang sangat padat on Monday, Tuesday and Friday membuatkan aku rasa ohhhhh noooo!!!! Macam mana la aku nak menghabiskan 1 semester aku pada tahun nie...
Ok. first week aku nak habaq mai kat hampa semua dah dapat assignment tau...lepas tue lecturer yang mengajar tue plak ada yang ok ada yang tak berapa nak ok...hurmmmm, tak berapa nak ok tue maksudnya bila aku masuk kelas tue je, otak aku akan jadi blurr dan membuatkan aku rasa mengantok...subjek-subjek sem nie aku rasakan agak *killer* jugak...namun apakan daya aku, aku harus jugak mengambil subjek-subjek nie...tak dapat nak dielakkan, sebab kami semua tertekan minggu pertama nie, cuti hari jumaat sempena hari Malaysia tue je terus keluaq dengan member2 pi Mines tengok wayang (citer RAYA TAK JADI, memang best arr), tambah2 plak masa tue duit pt dah masuk...hehe, apa lagi enjoy sakan la...hari tue masyaAllah manusia ramai sungguh...penuh dengan budak2 universiti je aku rasa, UPM ada, UKM ada dan macam2 U lagi la...
outing ! outing !
Minggu pertama hr sabtu dan ahad aku tak macam orang lain yang boleh balik rumah, aku kena pergi ke sebuah Program Akademik di Kem El-Azzhar Morib, Selangor...sebenarnya aku bukan dipaksa pun tapi gediks nak pi sebab aku rasa aku nak timba sesuatu ilmu yang baru di samping melihat tempat orang, even ada member2 aku yang kata confirm nanti bosan bila pergi program tue...namun 2hari 1malam tue sangat bermakna buat aku. Aku telah mempelajari banyak ilmu baru di samping mendapat kenalan-kenalan baru...aku rasa tidak menyesal mengikuti program nie...walaupun kami 2hari kat sana tapi kami semua seperti sudah kenal rapat, masing-masing tidak kedekut untuk berkongsi ilmu...mungkin juga benar kata-kata Puan K,Kaunselor UPM atau penyelaras program...

"kalo niat tue datang nak mencari ilmu maka dapatlah kita ilmu tersebut, kalo niat kita nak cari kawan maka dapatlah mengenali kawan tersebut, kalo niat kita hanya nak berseronok maka dapatlah keseronokan itu."

 
rakan PRADIGMA bersama TNC UPM
Balik-balik je aku dari program tersebut terus ada berita buruk di mana satu UPM takdak ayaq. Ini semua berpunca daripada kes kecurian paip...geram betol aku, takdak paip len dah ka nak curi...gara-gara si pencuri nie, semua budak UPM berada di dalam kesusahan...hishhhh...tak guna punya olang!!! Alhamdulillah, UPM cepat menyelesaikan masalah nie...kalo tak berangkut ayaq tak habis-habis la hari-hari, naik turun naik turun!

Minggu kedua pulak, aku kalut dok siapkan laporan kem hutan aku sebab due date hari jumaat...apa lagi masa tue suma pakat rajin la, hehe...maap la ye budak2 hutan memang macam nie suka wat keja last minute., hik3...ampa nak kata apa kata la..dah kami memang macam nie...kawan aku ada kata kalo wat keja last minit nie, hasil kerja dia bagus...hehe, betul tak betul hampa decide sendiri...yang paling paling paling memenatkan minggu kedua aku nie di mana kelas hari jumaat aku tersangat la padat dari pukul 8pagi pergi balik pukul 8malam...tak ke 12jam tue kawan2 suma...memang tak penah dibuat orang la...masa tue aku rasa macam nak bawa sleeping beg je...tidoq kat fakulti terus lagi senang...
Apa-apa pun alhamdulillah, lepas nie kemungkinan hari jumaat aku dah tak macam minggu nie sebab ada perubahan jadual...kalo tidak kan otak aku masa hari jumaat kan memang penat nak save data...kesian! kesian! kesian! 


Macam nie la keadaan aku sekarang. Aku harap aku dapat follow keadaan nie dan kembali menstabilkan diri...kawan-kawan doakan agar aku dapat mengharungi hari-hari yang seterusnya. sekian.

Post by wida.

0 kuman kumin:

 
Blogger design by Laila Mahfol