12.10.11

Setelah sebulan...

Assalamualaikum suma skali...

Entri sebelum nie kan aku harap aku dapat menstabilkan diri dengan jadual semester nie kan...alhamdulillah sedikit sebanyak aku dah mula satbil semula, sebenarnya suma orang dok kalut study untuk test tapi aku nie boleh dok rileks lagi sebab test aku lambat lagi, haha...nanti dah dekat nak exam baru la nak gelabah bewak (normal la tue kan) anda pun macam tue jugak kan??? 

Okeh..apa-apa pun aku nak cerita apa yang dah terjadi sepanjang minggu ke-3 dan ke-4 di UPM nie.Aku tunjuk gambaq je la kowt, boleh la kan...malas dah nak citer panjang-panjang, hehe...

Haa..gambaq atas nie masa program raya kat kolej aku. Kuat makan kan aku nie, tue yang tak pernah kuruih-kuruih...huhu. Selepas program nie, esok paginya aku telah sukarela untuk menjadi sukarelawan Program Merentas Kampus. Program ini ala-ala macam kita merentas desa kat sekolah kecik-kecik dulu tue la. Yang bestnya kan jadi sukarelawan nie dapat elaun dengan makan free...hehe, tue yang beriya-iya sangat di samping nak tengok la junior-junior upm nie sikit....kuang3

Minggu ke-4 aku agak sedikit tension, perkara yang sama berulang lagi di mana kolej aku tak dak ayaq lagi...huhu, dengaq kata kali nie tangki utama air UPM plak yang rosak...haishhh, macam-macam la kan, nasib baik la aku punya kelas hari tue batal, memang tak mandi la aku 1 hari. Namun hari minggu aku kali nie terisi dengan satu plan yang sempoi habis la, hehe...pagi tue aku pegi la handle program Bengkel Cabest UPM. Selesai je bengkel tue, balik kolej rehat-rehat la sat, lepas tue kawan aku ada tanya nak keluar pi MidValley ke. Aku pun jawab la boleh je tapi kalo naik komuter malas la nak gerak sangat, kalo ada keta sempoi gak. Tepon-tepon suma, confirm betul-betul dapat la keta viva sebijik, dah naik keta...fikir-fikir balik kami sewa setengah hari je..takkan nak pi MidValley dengan I-City, last decission macam mana taktau kawan aku sorang nie bagi idea jom la kita pi Port Dickson. Suma setuju saja la kan...hehe, dekat 1jam lebih jugak la nak smpai sana...kami keluaq petang, pagi baru balik ke UPM semula. Ok! Kat bawah ni ada sedikit gambaq kami kat Port Dickson dan Putrajaya.


   

Haaa...nie la kami berenam budak hutan yang mereng kepala otaknya, hehe...selalu wat plan gila. Maaf la mak abah, anak kamu dah jahat sikit semester nie... Last sekali aku nak tanya, mana pi ahli lembaga pengarah yang lain-lain nie..awat senyap sunyi je??? Post la apa-apa entri baru. Nanti lama-lama berhabuk blog kita nie.

Post by wida.

0 kuman kumin:

 
Blogger design by Laila Mahfol