4.2.12

Nak teguq tu teguq la elok-elok.

Assalamualaikum wbt.



Setiap orang memang tak lari daripada melakukan kesilapan,kan? Bila dah buat salah,mesti ada yang menegur kan? Tapi semenjak dua menjak ni aku tengok dah takdak aktiviti teguq-meneguq secara normal,tapi dah jadi aktiviti kondem-mengondem kemain.



"Eeee,meluat aku tengok si Joyah tu selalu dok pakai bedak bertepek macam opera Cina"


"A'ah,dia ingat lawa sangat kot bedak bertepek cenggitu"





Kak Non sekalian,tak elok kalau cakap-cakap belakang cenggitu. Kalau betul si Joyah tu pakai bedak bertepek sangat,putih sangat macam opera Cina gamaknya,pi la habaq kat dia yg betoi-betoi. Ce kata kat dia


"Joyah,hang pakai bedak tu putih sangat la,tak sesuai dengan kaler kulit hang,ce hang pakai bedak cap Lawanya-kulit-aku, baru sesuai kot". 


Kalau kita bagitau salah dia apa,mungkin dia boleh betulkan salah dia,mungkin dia tak reti nak pilih kategori bedak jenis 01 ka 02 ka. Mungkin Joyah akan rasa malu seminit dua,but trust me, she couldn't be more thankful sebab ada orang yang sudi tegur dia,so dia boleh ubah apa-apa yang patut.

Tak susah pun deknon,kaknon,bangnon sekalian kalau nak tegur orang yang buat salah. Mungkin perlukan sedikit keberanian,but hey,sometimes advice changes lives! :)















Posted by Cik Ca'ah

0 kuman kumin:

 
Blogger design by Laila Mahfol