10.5.12

Tabahnya Hati Dia…


Assalamualaikum w.b.t..

Hari nie aku telah belajar sesuatu perkara yang baru dalam kehidupan daripada orang terdekat iaitu kawan aku sendiri. Betapa tabahnya hati dia dalam menghadapi semua nie, kalau aku mesti aku dah menangis. Namun kawan aku nie sangat la kuat dan baik hati. Aku tabik la dengan dia. Benda nie jadi depan aku sendiri. Meh sini aku nak bagitau apa yang terjadi…

Hari nie kami dua keluar la sat sebab kelas sampai pukul  11 pagi je. Jadi petang tue kami pun cadang nak keluar,lagipun kawan aku nie kata nak pi amik gitar dia kat umah sebab ada orang nak pinjam gitar dia, nak guna untuk wat persembahan kat dinner final year. 

Ok…sebelum tue aku citer dulu la sikit pasal kawan aku nie. Nama dia Lailatul Mosarrofah. Kami semua kat sini panggil dia laila je. Pertama kali aku jumpa dia masa orientasi,aku nampak dia nie mencapap sikit. Aku terfikir la jgak masa tue macam mana la nak tahan selama 3tahun nanti aku belajar dengan dia kat UPM nie. Namun lama-kelamaan,bila aku dah mula kenal dengan Laila,baru la aku tau dia nie baik hati orangnya…tak berkira dalam apa saja perkara, sampai kekadang tue aku plak yang kesian kat dia sebab ada kawan-kawan yang pijak kepala dia sebab dia terlampau baik hati. Aku dengan Laila nie duduk satu aras kat blok kolej nie. Kami pernah la jgak duduk 1 bilik masa semester 2. Dari situ jugak la persahabatan kami  mulai rapat sampaikan kawan-kawan kat fakulti kata kami nie dah macam kembar. Kekadang tue pi kelas pun tak sedar yang kami pakai baju sama warna…hehe.  Laila nie jugak jenis yang kalau wat suatu benda tue, kira ikut kepala dia je..suka keluarkan pendapat sendiri dan macam-macam benda pelik lagi la pasal dia. Aku selalu je nampak dia hepi. Namun sebenarnya kita taktau apa yang dia rasa di dalam hati. Kekadang tue aku rasa kesian jgak kat dia.

Contohnya, macam kejadian hari nie…bila dia dapat tau gitar kesayangan (antara barang kesayangan Laila) patah, aku tengok dia tak menggelabah dan marah-marah pun dekat adik sepupu dia. Kalau aku nie konpem dah nangis dan marah-marah kalau barang kesayangan aku ada orang bagi rosak.  Malah Laila tenang je..siap pesan kat adik sepupu dia jangan bagitau kat sesiapa pun sebab taknak kecoh-kecoh dan tak minta ganti rugi balik pun kat adik sepupu dia tue. Aku ada jgak kata kat dia “Laila, kalo ko nak nanges, nanges je..biar lepas apa yang ko simpan kat dalam tue”. Tapi dia kata benda dah nak jadi nak buat macam mana kan.  Sebelum nie ada jgak, cincin pemberian mak dia hilang…dia tetap tenang.  Dari sini aku dapat nampak  yang Laila adalah seorang yang sangat berdikari dan tabah orangnya. Mungkin sebab itulah jugak ramai kawan-kawan yang sayang kat dia sebab personaliti dia yang cool tue dan kekadang boleh buat orang tertawa dengan gelagat dia. 

Ok la..sampai di sini saja dulu la kowt aku cerita pasal sahabat aku yang bernama Laila. Pesanan untuk semua dan diri sendiri jugak, lain kali jangan nilai seseorang tue sebelum kita kenal dengan dia macam orang kata, tak kenal maka tak cinta.  Wassalam.

gambar kami sepanjang 4 sem berkawan.


#Laila, jangan marah tau,aku masuk kan kisah ko kat sini…hehe…peaceeee yooo ! Aku sayang ko walaupun kekadang tue aku selalu potpet-potpet kat ko. Sorry tau ! Thanks sebab sudi jadi sahabat aku kat UPM nie. :)

1 kuman kumin:

REKSO said...

nak bekenalan dengan sahabat hg 2 .. xkenal maka x cinta .. so kalau kena ada harapan kot nak bercinta ~ hahahahahahahaha (gelak gedik) ~ ^___^Y

 
Blogger design by Laila Mahfol