7.9.11

akhirnya 4 kepala nie dapat berkumpul !

Alhamdulillah...hari raya ke 6, ahli-ahli lembaga pengarah blog nie dapat berkumpul bersama. Bukan men susah lagi  kami nie nak berkumpul. Nak tau apa aktiviti kami ? Tengok je la kat bawah nie...


Awal-awal lagi, kami pi serang kedai Nasi Kandar Kapitan. Memang sehati sejiwa kami semua makan roti naan dengan ayam tandoori...nyum ! nyum ! Mesti tertanya-tanya awat ada 5 pinggan kan, sepatutnya mesti 4 je...ini kerana kami turut ditemani sorang lagi teman kami iaitu kinah (penambah seri suasana)
jarak lebih dekat
muka gembira cik wani kami 
inilah dia Kinah yang berselendang coklat tue
Lepas abes mengisi perut, mula lah operasi kami yang sebenarnya nak pi tengok wayang cerita Final Destination 5. Selesai je citer tue, niat tue nak pusing-pusing cari kasut untuk cik caah kami nie tapi ternampak kedai POPULAR plak, apa lagi dok melepak dalam kedai tue sat la.

sempat lagi tau berposing..hehe
Gelagat cik wani kami yg dah mcm ibu kpd caah
hasil pembelian di POPULAR
Haaa....nie lah wajah kami 4 kepala, hehe...terima kasih kepada kinah sebab tolong amik gambaq nie, kalo takdak kinah, taktau la nak mintak tolong sapa...sebab tue la jugak aku kata kinah nie penambah seri suasana, hehe...jangan marah ye kinah !


Post by wida

6.9.11

GOOD LUCK

Dah lebih dari seminggu kita beraya..
alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar
so entry ni khas untuk cik caah,cik wida ngan fatin.
Gudluck untuk hampa semua sebab hari ni cik caah masuk daftar kt UITM
tak terlamat nooo nak ucapkan tahniah dan selamat menempuhi ORENTASI.wakakaka
orentasi membawa 1001 kenangan,benci,marah semua ada..
cik fatin pun sama gudluck sebab berjaya dapat buat fast track masuk degree terus,cograt lepas ni jadi senior la die,makin naik kepala cik fatin ni..
cik wida pun lebih kurang,,minggu nie die balik UPM,(mesti xsabaq nk balik jumpa abg tersyg) melawak jaa nooo wida.
Cuti aku pun tinggal lagi seminggu lebih..cess cepat sungguh masa berlalu.
UNITEN bleh topup cuti dak??
tinggal aku sorang-sorang kt desa murni ni..takdak sapa nak teman pi tengok wayang ajak mak eemmmmmmm..

anak-anak: mak jom pi tengok wayang?
MAK: hampa ni takdak keja lain laaa
anak-anak: jom laaaaaaaa.
MAK: ajak mak pi masjid tak pala la jugak,ni wayang!
anak-anak: ok  -___-"

Sesi bersama ayah

anak-anak: ayah jom pi tengok wayang? boring laaa.
AYAH: malas laa,takmau
anak-anak: jom laaa,kita tengok sat jaa..
AYAH: ayah dah TUA,ni bukan zaman ayah lagi
anak-anak: ok fine! (merajuk)

Hari ahad ari tuu sempat keluar ngan cik caah,cik wida,fatin and kinah.
pi tengok wayang cite Final Destination 5 and then shoping barang-barang depa.
pi Popular,aku belek-belek magazine tujuan nak carik gambar Yunho tvxq dah la tulis cina,jepun aku bajet-bejat paham jaa laaa..sanggup demi TVXQ,
tapi tak beli pun

kat sini,aku doakan cik caah tak dibuli dengan senior, dapat kawan yang baek-beak, tak dapat pengawai ptptn yang banyak songeh ( ang jangan berharap sangat la cik caah wooii based on the true story bukan senang nak deal ngan orang-orang ptptn ni ), senang cakap gudluck untuk hampa semua


p/s: luahan perasaan sikit ni.. untuk orang lain naaa 
      tak payah la nak tulis sangat luahan perasaan ang 2 kat facebook naik menyampah aku tengok
      orang lain pun bercinta jugak, kalau marah 2 pun orang lain diam jaa,tak kecoh pun kt FB kalau ada pun              

      satu dua status jaa,ni almost everyday kalau nak mengata kat orang pun tengok diri sendiri laa.aku       
      memang baik kt depan macam ang kata kalau belakang ang mana tau!

Post by wanie

 
Blogger design by Laila Mahfol