25.1.12
Wahai angin
Wahai angin,
Boleh aku titipkan pesan?
Khabarkan pada si dia,
Aku sentiasa sabar menanti,
Takkan ku arahkan rinduku kepada yang lain,
Hanya pada dia sahaja,
Dia seorang.
Angin,
Bisikkan juga kepadanya,
Aku akan jaga diriku,
Seperti mana yang dia mahu,
Aku akan menjaga pandanganku,
Kerana satu hari nanti,
Aku mahu mataku hanya untuk menatap keindahanmu,
Wahai pemilik tulang rusukku.
Walau kadang-kadang aku ragu tentang keberadaanmu,
Bilakan kita dapat bertemu,
Namun segera aku padamkan keraguan itu,
Kerana aku yakin dengan ketentuan-Mu,
Lantas aku akan terus menunggu,
Dan menunggu,sehingga datang waktu itu
Labels: cik ca'ah
26.11.11
Mana oh mana!
Assalamualaikum.
Amboih,lama tak bukak blog,dah lawa kemain blog 4 kepala ni. Terima kasih kat template designer ye :) Maaf kat Wanie yang selalu dok suruh aku update blog ni tapi aku tak update pun. Busy gamaknya aku. Almaklumlah,bebudak diploma dah masuk,aktiviti mencerahkan mata kena la buat selalu ye dak? Orang kata kalau nak jodoh tu bukan duduk saja,kena usaha sikit. Kuikui.
Seriously,aku kat sini tertekan dengan 'kelajuan' wifi kat kolej aku ni. Kalau nak bukak dashboard blog pun kena refresh doplohnambelas kali. Venci tahu?
So,nak cerita apa eh?
Haaa,sesiapa yang ada nak sewakan rumah sekitar Taman Lembah Bujang,Merbok tolong pm aku dengan kadar segera! Aku dok gila cari rumah sewa untuk sem depan. Grrrr!
Labels: cik ca'ah



