Showing posts with label cikwidawhoaaa. Show all posts
Showing posts with label cikwidawhoaaa. Show all posts

20.3.13

HARI UNGU. HARI WANITA.


Assalamulaikum dan selamat-selamat semuanya ! Sudah lama jugak aku tak singgah di laman ini. Terasa nak mengisi kekosongan di sini. OK! Mari kita mulakan cerita.

Pada hari ahad yang lepas, tanggal 17 haribulan 3, satu program telah diadakan secara serentak di seluruh Malaysia iaitu 1 Million Purple Walks 2013. Program ini bersempena menyambut hari wanita sedunia. Tema warna ungu dijadikan tema warna tahun ini. Apabila aku tengok ramai-ramai pakai baju warna ungu, boleh tahan lawa jugak. Nak buat tema baju raya tahun ini la. Hehehe…jom ahli-ahli blog 4 Kepala ! Kita konvoi sama-sama.

Aku sangat teruja untuk menyertai program ini kerana aku rasakan peluang hanya datang sekali, jadi apa salahnya kita terus ambil peluang itu bila dah ada di depan mata. Cuma satu je yang aku kecewa sedikit, di mana pada malam sebelum program tersebut, dalam angan-angan kami, kami beranggapan akan dapat baju berwarna ungu. Rupa-rupanya, tanggapan kami salah sama sekali, kami mendapat baju berwarna merah. Oleh sebab itu, pakat mula la semua mengomel. Lumrah wanita kan. Apa-apa pun, kami gembira jugak sebab dapat baju percuma sekali dengan topi. 

Oooopppssss, lupa aku nak cakap di sini, program Purple Walk ini diadakan di Putrajaya, dekat sangat dengan UPM aku ini. Seriously, nak habaq mai tersangat ramai orang pada hari tersebut. Pada hari tersebut, Putrajaya dipenuhi dengan warna-warna ungu dan merah sahaja. Lawa pulak bila tengok kombinasi warna ini. Malas nak cerita banyak dah, tengok je la gambar-gambar di bawah ini. 

Sebelum mula berjalan, kita ambik gambar dulu sekeping.
Muka sebelum 'burn'. 
I'm in the middle of people walk. 
Gelagat kami semasa senam seni.
Muka keletihan selepas penat bersenam seni. 
Ribuan wanita dari seluruh Malaysia.
Selesai sudah 1 Million Purple Walk. 

Alhamdulillah, buat pertama kali sempat aku bersua muka dengan Perdana Menteri kita serta Timbalan Perdana Menteri, turut juga terapat persembahan daripada Stacy, M.Nasir, Francisca Peter, Kelvin Lau, dan seorang lagi penyanyi india, aku taktau nama dia, keadaan yang panas terik memaksa aku belah dari persembahan tersebut. Memang cukup 1 Malaysia la. 


Sempat lagi bergambar dengan Pengacara Program, HunnyMadu, terselit juga Datuk AC Mizal di belakang dan muka aku yang sudah burn.

Sekian, wassalam. 

# ehsan gambar daripada junior dan roomate aku. Peaceeee yo!!! ^.^v

28.12.12

~RUMUSAN 2012~


ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SELAMAT PAGI, PETANG SERTA MALAM….

Sudah agak lama aku tak berbicara di laman ini kan, dah rasa kekok plak bila nak mula menulis semula. Sambil mendengar lagu Taylor Swift….wooo…wooo…oooo~~~

Setelah lama berfikir, apa yang aku nak tulis hanyalah luahan perasaan aku sahaja. Apabila dikenangkan hanya tinggal 3 hari je lagi nak melangkah ke tahun baru, ini bermaksud umur aku sudah semakin bertambah, namun masih terasa diri ini bukan seperti umurku yang sebenarnya.

OK. Sudahla melalut, jom ke cerita yang sebenarnya.
Aku rasa la kan setiap kali aku tangkap gambar, mostly dengan makanan. Huhuhu…mananya badanku makin membesar bukannya makin mengecil. Buktinya-buktinya, silalah scroll ke bawah :


PIZZA !!!
COOLBLOG :)

Korean Food :)
Enough already???? Not yet…still have some more, just scroll :

Famous Amous.

Laksa...
Chicken Rice

Cendol ! Nyum..Nyum!!!

Kesimpulannya…memang sudah terbukti aku suka tangkap gambar bila sedang melahap (makan). Apa yang penting setiap kali kena bagi ‘pose’ yang terbaik untuk setiap gambar. Hehe…peace yooo !!! Sebenarnya ada banyak lagi nak letak...tapi hanya ini sahaja yang terpilih, kalau letak banyak-banyak, habislah orang cari aku suruh jadi duta makanan plak. HAHAHAHA !

Ok, DONE !

30.4.12

non-stop WORKING - THNINKING !

Assalamualaikum w.b.t...

Lama x menyinggah kat sini,tiba-tiba keluar tajuk entri yang bajet omputeh dan poyo habissss...hehe
Aku cuma nak luahkan perasaan je yang aku nie hampir dah jadi macam pekerja awam, padahal cuma pelajar yang berstatus mahasiswa je. Minggu lepas minggu yang sangat memenatkan, boleh dikatakan aku la pelajar yang paling sibuk masa tue...haha, tau nak bajet baguihhh je !
Dari hari Isnin sampai la hari Jumaat,tak sempat aku nak rehat..mula-mula ada ujian 2, lepas tue siapkan assignment one by one sampai hari Jumaat ada ujian 2 lagi. Perggghhhh...memang macam robot aku tiap-tiap hari, pi kelas,dengaq lecture,balik siapkan assignment,kemudian study untuk test. Masa tidoq aku memang takdak macam biasa la..paling lma tidoq pun 5jam je. Habis je test aku hari jumaat tue,terus keluar enjoy sampai pukul 11malam,nak lepaskan stress la katakan. Dan bila sampai hari hari sabtu dan ahad aku,jadi macam gambaq kat bawah nie la...hehe. Tapi kadang-kadang tue baguihhh jugak, kita sudah terbiasa dengan kesibukan buat kerja..bila time takdak keja terus kita akan rasa tak boleh dok diam !

 

# Dah masuk minggu ke-10 untuk semester nie, ada 1lagi test ekonomi yang menanti dan minggu yang penuh dengan aktiviti...wish me luck ^_^

 
Blogger design by Laila Mahfol