11.6.13

Our BFF's wedding :)

Assalamualaikum wbt.

It has been a while since the last update, yeah we got life to live on and loads of assignments to do. Yet, received a good news from our ex-classmate totally changed our mood. Yup,our BFF, Nurulanis nak kawin u'ols. I mean sekarang dah kawin la, since kenduri dia pun 25 Mei lepas,lambat sangat update, noks! Almaklumla internet ciput, ni aku update pukul 5 ni, kemain laju internet. Bias betei! Okeyla, cakap banyak tada guna adik manis, tengok gambar mari! :)

Nah aku tepek gambaq besaq besaq!

Boleh dok renyih Anis ni, tak nebes ka hapa budak ni?



Testing testing 1,2,3 kahkah


Alhamdulillah dah sah jadi suami isteri :)



Tumpang berkat katanya



Semua orang ada dalam masjid, aku ja tersadai kat luaq :(



Dah habis akad nikah, ke rumah Anis we go!



Wani jampi apa la kat katil pengantin aku pun taktau kahkah







Memang bilik pengantin ni kami ja boleh duduk kan, sesuka hati ja hohoh



So, this is the King and the Queen of the day! Anis & Hatim




Memalu u'ols ihiks



Tak boleh nak kata apa dah, pengantin pun tolak tepi hikhik


Yeay, everyone's in the picture! ^_^


Fefeeling anggun lebih ahh Wani



Kelab isteri-isteri Murni



Maka pengantin pun bergosip dengan teman sejiwanya, buddyz takkan terpisah gituewww


Pic of the day mana boleh tinggai kahkahkah


Maka dengan itu, maka tinggallah kami yang masih single lagi available. Teman jalan beraya sorang sorang dok kawin, kita bila lagi woiii? Hahahaa

20.3.13

HARI UNGU. HARI WANITA.


Assalamulaikum dan selamat-selamat semuanya ! Sudah lama jugak aku tak singgah di laman ini. Terasa nak mengisi kekosongan di sini. OK! Mari kita mulakan cerita.

Pada hari ahad yang lepas, tanggal 17 haribulan 3, satu program telah diadakan secara serentak di seluruh Malaysia iaitu 1 Million Purple Walks 2013. Program ini bersempena menyambut hari wanita sedunia. Tema warna ungu dijadikan tema warna tahun ini. Apabila aku tengok ramai-ramai pakai baju warna ungu, boleh tahan lawa jugak. Nak buat tema baju raya tahun ini la. Hehehe…jom ahli-ahli blog 4 Kepala ! Kita konvoi sama-sama.

Aku sangat teruja untuk menyertai program ini kerana aku rasakan peluang hanya datang sekali, jadi apa salahnya kita terus ambil peluang itu bila dah ada di depan mata. Cuma satu je yang aku kecewa sedikit, di mana pada malam sebelum program tersebut, dalam angan-angan kami, kami beranggapan akan dapat baju berwarna ungu. Rupa-rupanya, tanggapan kami salah sama sekali, kami mendapat baju berwarna merah. Oleh sebab itu, pakat mula la semua mengomel. Lumrah wanita kan. Apa-apa pun, kami gembira jugak sebab dapat baju percuma sekali dengan topi. 

Oooopppssss, lupa aku nak cakap di sini, program Purple Walk ini diadakan di Putrajaya, dekat sangat dengan UPM aku ini. Seriously, nak habaq mai tersangat ramai orang pada hari tersebut. Pada hari tersebut, Putrajaya dipenuhi dengan warna-warna ungu dan merah sahaja. Lawa pulak bila tengok kombinasi warna ini. Malas nak cerita banyak dah, tengok je la gambar-gambar di bawah ini. 

Sebelum mula berjalan, kita ambik gambar dulu sekeping.
Muka sebelum 'burn'. 
I'm in the middle of people walk. 
Gelagat kami semasa senam seni.
Muka keletihan selepas penat bersenam seni. 
Ribuan wanita dari seluruh Malaysia.
Selesai sudah 1 Million Purple Walk. 

Alhamdulillah, buat pertama kali sempat aku bersua muka dengan Perdana Menteri kita serta Timbalan Perdana Menteri, turut juga terapat persembahan daripada Stacy, M.Nasir, Francisca Peter, Kelvin Lau, dan seorang lagi penyanyi india, aku taktau nama dia, keadaan yang panas terik memaksa aku belah dari persembahan tersebut. Memang cukup 1 Malaysia la. 


Sempat lagi bergambar dengan Pengacara Program, HunnyMadu, terselit juga Datuk AC Mizal di belakang dan muka aku yang sudah burn.

Sekian, wassalam. 

# ehsan gambar daripada junior dan roomate aku. Peaceeee yo!!! ^.^v

 
Blogger design by Laila Mahfol