Assalamualaikum wbt.
Ahah! Jangan tertipu dengan tajuk. Entry ni takdak gambar berkunjung raya, bersalaman alahai semua okey. Rabu lepas, kami berempat, yakni Fatin,Wida,Farah dan aku telah pergi menikmati masa muda we'ols di Megamall Pacific, dengan plan utama untuk menonton filem ini
Ohoi, tua bukan sebarang tua. The Expendables sangaaaaaaaaaaaat seronok okey. Aku bagi 4.7 bintang untuk filem ni. Lagi 0.3 bintang tu aku tarik sebab Liam Hemsworth mati tak sampai suku cerita pun and i iz sad. Tak baik tau bunuh Billy the Kid diusia yang muda sebegitu. Sob sob sob.
Daripada cinema,kita ke bowling centre yang hanya sekangkang kera dari cinema itew. Surprisingly, takdak orang pun kat tempat bowling tu, cuma ada 2,3 lane je kot yang ada orang. Takdak orang sangat pun awkward tahu, nak baling pun i iz malu-malu alahai. Kehkeh.
Amek kau,aku tepek gambar besau-besau! Kahkahkah.
One of us, Fatin, sebenarnya berpuasa hari ituew. Disebabkan kami remaja-memberontak-taknak-balik-rumah-awal, maka terbitlah idea dari kepala Farah untuk kami turut serta Fatin yang berpuasa dan membuka puasa di luar. Hasil diskusi dan debatan yang hebat dari kami berempat, maka kami decide untuk makan di Restoran Al-Araby di Tesco Seberang Jaya!
Ada gaya tak aku nak apply jadi duta al-Araby ni? Wkwkwkw |
Duta bersama. |
Kes masuk kod wifi tak betul |
Duta bersama lagi. |
And the foods are:
Chicken Mandy |
Nasi Mandy dia sedap, bak kata mak aku yang pernah pegi Mekah, nasi dia mirip banget rasanya kayak yang ada di Mekah. Keren ahh!
Tak ingat nama |
Chicken Grill |
Chicken Grill ni pun sedap jugak. Ada dalam bahagian Appetizer. In case u'ols dah kenyang ke, dah makan sekotak pop corn masa tengok wayang ke, hah, boleh pilih menu ni. Sedap jugak, makanan pun simple je. Antara makanan rebutan Wida. Hahaha :p
Lamb Mandy |
Selepas kami mendapat tahu bahawa Fatin alergik ayam (kesiannya), kita try la makan Lamb Mandy. Yang ni pun sedap jugak, daging kambing tu memang lembut dan takdak bau. Boleh la cuba kalau u'ols dah jemu makan ayam :)
Makanan semua tu we'ols kongsi-kongsi je kan, nak makan sorang memang pecah usus ahh. Pinggan dia pun besaq kedabak, kalau arab sejati boleh ahh habiskan.
Yang dah habis membebel,
Cik Ca'ah ^^