29.12.11

Meronggeng di Queensbay!

Assalamualaikum.. 
Hello hello hello to all viewers! (bajet), fuhh today penat gila sbb dpt p bersiar-siar kat penang..! hahaha nama ja org penang tp jarang bebenor nk p sblah pulau sana nuuu... :p
Tadi lps jgak la geram aku nk drive smpai penang..haha bersama-sama wida, kami buat gila p jln sna tp xjauh pon takat Queensbay ja pon, mesti ramai tengah gelak baca entri ni sebab 'memalukan' hahaha..
Okay okay, tak payah nak cakap banyak senang cerita, kami tadi terjah macam-macam mall kat sana sebab nak release tension dengan final yang bakal menjelma tak lama lagi huhuhu -_-' so pathetic wuaaa...

muka hepi habis haha :D


Dah sampai sana, kami pon berjalan2 mencuci mata sambil sakitkan hati sendiri *duit kering
dengan melawat tempat-tempat yang ada kat situ huhuhu *nada frust..
Dah hujung2 tahun ni paham2 ja la kan, SALE melambak2..sekali lagi SALE melambak2..saja besarkan SALE tu sebab sekali lagi nak sakitkan hati je ni huhuhu

Pergghh kalau dah masuk situ paham2 ja la, tak kan tak mau try sepasang dua kan tapi kami tak try baju hahaha sebab lawa sangat takut nanti terbeli so try la benda yang lain..:p

sori letak gmbq sorang, wida xmau join :'(

Huhuhuhu...tapi still tak best sangat sebab tak cukup korum, membe2 ramai yang tak balik and ada yang balik kampung so kami 2 ja kurang sikit la keseronokan tu..Sekarang tengah membilang hari cuti so nanti boleh la p ramai2 huhuhu *kawan2 balik cepat tau huhuhu

Itu saja la..Tak dak pa nak cerita sangat pon just for sharing and waiting for kengkawan yang laen.. huhuhuhu daaaa
tenung nasib ke wida oii ??

muka memanggil kwn2 blk.. :'(

11.12.11

Saturday activity!

Miss Chef Cooking Class




The result :

Post by wanie


10.12.11

ICT Time!!

Assalamualaikum 

Selamat petang kawan-kawan! Ya agak skema dan poyo sikit entri kali ni hahaha :D.  Sebelum ni aku hanya mampu mendengar dan melihat gambar I-City je (macam jauh sangat kann), tapi semalam bertemankan kengkawan kat sini (tq to my kawan sebab bagi tumpang rumah <3) finally! dapat jugak aku jejak tempat tu...Gila heaven wey dapat sana (dengan perasaan paling tak boleh blah gila ni).. 

Lighters :)
Okay stop merapu.. Tapi nak dapat parking memang susah yang amat tapi nak buat macam mana kena la tahan kan dah nak p sana sangat..hahaha :p, Aku dengan kengkawan survey la tempat yang ramai orang cakap menarik tu, nak jugak tengok apa yg best kan..ermmm bagi aku tempat tu best sebab lain la, yela mana ada tempat pasang lampu raya sebegitu banyak kan, tunggu raya baru dapat tengok lampu lip lap tu pun 'nyawa-nyawa ikan' sebab tak ramai yang pasang...

Okay, dah sampai sana mana ada aktiviti lain kan selain PHOTOSHOOT!! hahaha aku ni malu sikit kalau kalau bab-bab bergambar ni (Ahli Lembaga Pengarah mesti tengah bahan aku) tapi lepas tengok gambaq kawan aku haaaa mana boleh kan kena la jugak kalau tak sia-sia ja...

Kak Zira and Fara pengapit merak 

Sambil jalan-jalan nak p mana ntah aku pon lupa, tak pasai-pasai aku kena libas dengan kipas mainan yang putaq-putaq tu (nak explain pun tak reti) nasib tak teruk kalau tak memang nak kena budak tu haaa...

Okay aku selit je la gambaq kami kat sana satgi aku tulis lagi hahaha

Christmas tree.. :p
under tanglong ;)
Aksi sengal

Colorful!
Ni la antara aksi-aksi sengal kami hahahaha selamat 'muntah' semua..!! :p...

Ok, ni je la yang aku dapat kongsi kat sini and lastly aku harap dapat p sekali dengan Ahli Lembaga Pengarah semua, mesti lagi GEMPAK!! Jom serbu lagi!! hahahaha

*stop annoying la fatin oii.. :p

9.12.11

Busy weeks

Minggu ni and minggu lepas 'sangat la busy'  busy dengan midterm dan kuiz la bagai, ada aktiviti yang 'terpaksa' pergi sebab attendence, mood pun tak bapa stabil nampak jaa ok tapi dalam hati rasa macam nak bagi penampar laju-laju pun ada tambah-tambah kat fake friend aka BFF, ok dah tutup cite...

Wahhh dah masuk December nampak nya tak lama lagi masuk tahun baru 2012, setiap orang mesti ada azam baru and wish list yang semestinya perlu ada..ok kita sembang pasai ni tahun depan.
Ohh kali ni nak cite pasal minggu yang busy, Sabtu hari tu ada Accounting Symposium semua students akuan kena pegi sebab ada marks kalu tak jangan harap kitorang nak bertenggek dalam tu dari pagi sampai petang, setiap sem event ni wujud and semua students account memang wajib ajurkan symposium ni sebelum habis belajar, few picture from the event :



Kitorang tak dengar pun pasal ceramah kat depan ,serius sem ni punya bosan berbanding sem lepas
masing-masing buat keja sendiri, main game la, sembang, orang belakang tidor, ada yang buat assignment dan orang depan lagi dasyat siap bawak laptop tengok drama korea -__-
Last week gak ada ceramah Luhur Maal Hijrah kat tempat aku..


Wardina Safiyyah, Sham kamikaze and Imam muda datang bagi ceramah
Picture i took from wardina safiyyah officialpage in facebook ;)
aku takde pun dalam gambar ni ;(

Nak kongi sikit,
New food first time aku jumpa dan makan, first is ;


Osaka cake, bleh tahan gak sedap die, tak puas makan! kak ida yang belanja
hope lepas ni kalau kak ida balik rumah die bleh suh die tolong beli kan 1 kotak
6 biji untuk aku sorang..HAHAHA buruk lantak betul 

Second is :

Bahulu, bukan la baru first time makan tapi first time tengok bahulu besar,
serius besar kalau nak gambarkan pun ibarat gabung empat bahulu biasa.
orang cakap bahulu besar ni dah lama la ada,,oh ye ke??? 

But right now i wish i was eating this sambil online 


 sedapnya!! *air liur menitis ;p

Additional story,
RIP Oren, my beloved cat, born since me in form 4 ( 2007 ) and died in november 2011,
The best cat we had in family, kucing yang suara die macam alarm jam pagi-pagi, tak kan berundur dari kitchen selagi tak dapat makan ikan, penunggu rumah yang setia, kaki gaduh paling kuat, kadang-kadang kita cakap die memang paham, oren love me but bila aku masuk belajar jarang jumpa die,die lebih sayang mak dan adik aku dari aku -__- 


We love You ;)

Post by wanie

4.12.11

ANGRYBIRD menyerang...

Di merata-rata tempat orang asyik bercakap mengenai pasal angrybird, aku pada mulanya tidak tahu menahu apakah itu angrybird...aku ingatkan burung apa la yang spesel sangat orang dok sebut-sebut...tapi bila sekali penangan angrybird tue kena kat aku jadi macam kat bawah nie la,

Haaa...mesti ampa terkejutkan, hehe...suma nie bukan aku yang beli tau tapi orang yang bagi hadiah harijadi...gara-gara harijadi masa demam ANGRYBIRD. Orang dah bagi kita kena terima je la kan, iye dok???


Yang sebelah kiri tue ada baju yang abang dan adik pompuan aku bagi...sebelah kanan plak ada beg angrybird *bila masa aku nak pakai pun taktau la*, keychain angrybird yang boleh gantung kat enset (dua-dua tue abang aku bagi) dan angrybird yang warna hitam tue member aku bagi. Terharu bila aku dapat suma nie..sangat tidak sangka, tapi untuk makluman anda, aku tak main pun game ANGRYBIRD. Hehe...namun satu hari nanti aku akan cuba main jugak...teringin nak tau apa yang best sangat game tue. 


Hehe..tetiba nak selitkan gak gambaq kata atas nie, coklat nie pun member aku yang bagi sempena harijadi aku...thank u sooo much to sazwani, macam tau-tau je dia yang aku teramat suka coklat cadboury nie...dah la masa tue pun, aku teringin giler nak makan coklat cadboury tapi tak sempat nak beli dah ada orang bagi...alhamdulillah, rezeki. 

Kesimpulannya di sini, aku terharu sebenarnya dapat semua benda kat atas nie, tak sangka pun akan dapat semua nie pada harijadi aku yang ke-20. Thanx alot kepada semua yang dah wish kat aku, belanja aku makan dan bagi hadiah. Akan aku kenang sampai bila-bila..


Post by wida.

28.11.11

Gulp!!


Cheese cake with blueberries
omggggg!!

Post by wanie

27.11.11

Cakap Nak Megah Jerr

Perlu ke nak kena cakap besaq a.k.a megah selalu???  Aku bukan pa, just nak luahkan kat sini ja hahaha aku kadang bengang gak dengan orang macam ni, dengan kengkawan cerita bukan maen hebat tapi kalau yang betoi2 kenai rupanya cerita dia yang adooo..!!
Aku pun tak paham motif dia bukak cerita macam ni.. Nak kata orang tak admire dia agak mustahil sebab memang ramai yang adored gila dengan dia ni..bila yang penah dengaq cita dia ni maybe akan rasa simpati tapi bila cerita yang sama dibuka kembali tapi kat orang laen la, mesti akan ada penambahan cerita yang agak BOMBASTIC! laa..so yang pendengar 1st akan tertanya-tanya, mana satu yang betoi ni??
Haaaa...aku sure sapa2 yang jadik 1st listener mungkin bengang sikit kot..ya la cerita yang betoi dah lari dari trek yang betoi tapi kalu sapa2 yang jadik pendengar yang kedua ka ketiga ka atau yang ke berapa sekalipon akan tetap mengADORE orang macam ni..betoi-betoi tak paham..haishh..
Kalau la kamu semua jumpa orang macam ni, apa nak buat?? Hahaha renung-renungkan dan selamat mendengar!! :)

26.11.11

Mana oh mana!

Assalamualaikum.

Amboih,lama tak bukak blog,dah lawa kemain blog 4 kepala ni. Terima kasih kat template designer ye :)  Maaf kat Wanie yang selalu dok suruh aku update blog ni tapi aku tak update pun. Busy gamaknya aku. Almaklumlah,bebudak diploma dah masuk,aktiviti mencerahkan mata kena la buat selalu ye dak? Orang kata kalau nak jodoh tu bukan duduk saja,kena usaha sikit. Kuikui.

Seriously,aku kat sini tertekan dengan 'kelajuan' wifi kat kolej aku ni. Kalau nak bukak dashboard blog pun kena refresh doplohnambelas kali. Venci tahu?

So,nak cerita apa eh?

Haaa,sesiapa yang ada nak sewakan rumah sekitar Taman Lembah Bujang,Merbok tolong pm aku dengan kadar segera! Aku dok gila cari rumah sewa untuk sem depan. Grrrr!

24.11.11

Terima Kasih

Terima Kasih kepada Laila Mahfol adik kepada Ida Fisa kerna sanggup mengorbakan masa beliau buat header, background, semua-semua la untuk blog ni..maaf kalu menyusahkan anda Laila Mahfol..
Saya dan rakan-rakan berpuas hati dengan kerja anda dan its awesome! sangat cantik!
sekali lagi terima kasih, anda seorang yang sangat kreatif ;)
Laila Mahfol blog.
itsutisu (dot) blogspot (dot) com

Post by wanie

SILENT PLEASE !!!

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan..
>TAPI...
Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..
>KERANA...
DIAM kita mungkin disalah tafsir...
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka...
DIAM kita mungkin disilap terjemah..
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud..
>MAKA...
jika kita merasakan DIAM itu terbaik..
seharusnya kita DIAM..
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak..
berkatalah sehingga mereka DIAM!!!!

19.11.11

Tagged by Azyyati Elias

Oh!! ada question yang di tag oleh Azyyati Elias.baru perasan lepas tengok Ida Fisa punya blog ;p
mari try answer all this question..lets go bebeh!

The Rules

  1. You must post this rules
  2. Each person must post 11 themselves in their journal
  3. Answer the questions the tagger set for you in their post and create 11 new questions for the people you tagged to answer.
  4. You have to choose 11 people to tagged and link them to the post.
  5. Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER.
  6. No tag back!
  7. No stuff in the tagging section about "YOU ARE TAG IF YOU READING THIS" YOU LEGITIMATELLY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONEST) have tagged 11 people
11 thing about my self
  • Cat lover
  • I can live without handphone
  • Love watching movie in cinema 
  • Only wearing my glasses during study or in the class
  • Fashion addict
  • Hate sport so much except bowling (but bowling is sport right?? whatever)
  • I can finish large pizza alone
  • I eat all type of cheese
  • Movies or songs i just a person who more prefer english than malay 
  • I can slept 12 hours straight
  • For me family are my everything ;)
The Q & A


1.What is your dream? Explain

  • In future after married i really wanted to get my own bakery hired a talented chef (can i hired chef from France??can i?can i? they really good in baking,trust me) and also get husband who really good in baking
2. What is your favorite's food?
  • Nasi kandar,cakes,pizza and many more
3.State 5 countries that you wanted to go for your vacation

  • Canada,Rome,Korea,Greenland (Denmark) and Alaska
4.How are you gonna describe our friendship? Maybe close friend or best friend or facebook friend or just a friend? It's up to you. :)


  • Did u mean u Azyyati Elias?? Arrr hard to answer..emmmmmmmm of course one of my best friend,everyday u see my face and listen my annoying story.haha
5.What is your specialty?
  • I am good at painting scenery but its quite long i stop painting
6.What is your height?
  • 163cm
7.How much are you spend for shopping?
  • Depend how much my parent bring their money..hahah sorry mom,dad, i have no money to shopping alone
8.Choose between Paris or New York. And why?
  • New York!! i really wanted to go Times Square! 
9.Did you watch Korean Drama?
  •  Yes
10.What are your favorite's song and movies or drama?
  • Movie : The Lord of The Rings is my top list
  • Song : Most my favorite is english songs, so many hard to list
11.What brands are you always bought for your clothes and shoes?
  • Cannot answer this question
The new Q from Me
  1. Describe features of your dream man?
  2. Give 7 things that must have in your handbag? 
  3. What you understand about LOVE?
  4. Have you broken someone heart?
  5. Choose handbag,shoes or cloth you mostly wanted to buy? Describe more detail about that thing.
  6. Do you ever thought about to have your own personal stylish?
  7. Choose 1 female idol that you really wanted to get like her beauty and body?Please explain
  8. Give 5 expression went you in front a person you like.
  9. What kind of wedding you want in future? Garden,beach,traditional or other else?
  10. Where they plan to go for honeymoon?
  11. Decribe "word" that you always used to give excuse.
I tag this people
  1. Cik Caah
  2. nini rianie
  3. none
  4. none
  5. none
  6. none
  7. none
  8. none
  9. none
  10. none 
  11. none
Post by wanie

14.11.11

Speechless

Monday night (today) got Intermediate Accounting Quiz

Sunday (yesterday)



Then,

So sleepy

Sunday night,

Monday morning,

           Study hard like crazy..
Payment of installment is bla bla bla..(memorize the theory)
Tap..tap.tap (press the calculator for calculation)
cannot stop thinking!

Monday night 7 58 pm,

Blackout
( campus and all apartment )

Azyyati Elias : QUIZ IS CANCEL FOR TODAY! ACCORDING FROM LECTURER
 
OK BYE!

Post by wanie

6.11.11

Keluhan

Malam-malam raya aidiladha ni mak-mak mesti sibuk kat dapur dok masak untuk esok.,
ready siap agar sok pagi tak kelam kelibut dibuatnya..agar sok pagi senang sikit balik sembahyang raya terus makan n then terus pi event sembelih lembu..syoknya kalu time-time raya macam ni ada ngan family kan?? lagi syok sapa ada kat rumah sok bleh makan redang tok,
daging masak kicap ka daging masak pedas ka gulai daging ka kan?? benci betol!
sedih kot tak dapat balik beraya..
ye la cuti pun sehari campur sabtu ahad 3 hari je la..
aaahhhh mengeluh sedih..malam yang membosankan..


sunyi jaa Ilmiah ni *apartment uniten
routine biasa je malam ni online and balek magazine.



::  Selamat Hari Raya Aidiladha  ::

May Peace be Upon u
Post by wanie

4.11.11

Fat AGAIN!

aaaaaahhhhhhhhh...*mampu mengeluh
i think i become fat again..sekarang ni munch,chomp and swallow become a hobby.its bad habitt u know!
every minute i think about food..
even wake in the morning first in my mind is food!
my shirt and jeans pun dah mula ketat..aarrrrrggggg
macam mana nak stop taking heavy meal ni!!stop eating to much rice,its can make u fat bcoz rice contain a lot of carbohydrate and almost everyday i eat meat n chicken,sayur tu memang pandang sebelah mata je la..what the!!
bla dah makan baru nak menyesal ;( bila tengah makan memang tak ingat dunia..
my goal is to reach my weight below then 58 kg before 21 years old..
another 4 month to reach 21?
what to do..pasrah je la.
i read 1 tumblr ni...malay girl, very beautiful and she had very nice body.
she give an advise how to make u stomach flat and maintain in a week!
i repeat A WEEK!.

  • first eat before 7o'clock, 
  • second stop minum air sejuk and stop taking carbonated drink such as coke!~~ its my favorite drink ;( sangat ketagih!! its hard right to stop taking all this thing?
  • plain water is good,drink vitagen, yogurt  because its good for digestion
  • she prefer swimming (mana nak carik plak swimming pool kan muadzam ni kann??) but i more prefer sit up 
saya ni tak le gemuk sangat..people say me chubby la. LOL!
Fact-jaga makan anda agar tak sakit waktu tua nanti.,,
its not effect us today but in future~ its my mum advise too.
nampaknya cereal fitness dah tak lut di badan.bila makan die lapaq lagi ada la ;p
nampaknya kena take baby step,cut the heavy meal ;) insyaallah i will try!
to my brother,die cakap nak diet,so GUDLUCK!


**angan-angan dapat kurus macam ni ;p
picture i took from tumblr



May Peace be upon u
Post by wanie

24.10.11

‎5 FAKTA UNTUK ANDA PERCAYA ATAU TIDAK




1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.
2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja. 

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.


5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

SEBAGAI PERINGATAN : Sebarkanlah maklumat ini kepada orang-orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi !

Post by wida.

21.10.11

Dugaan

Alhamdulilah bersyukur sangat sebab selamat sampai ke Penang..
home sweet home!
banyak sangat dugaan yg menimpa..

bersyukur pada Allah sebab lindungi kami semua.
yesterday aku ngan kwn2 aku eksiden..

2 kali eksiden sebelum sampai ke rumah..
first kt Bahau sebab langgaq anjing..time tuu aku tidoq..kawan aku putri ngan wan the owner of the car, kata depa langgaq anjing besaq gila..time tuu wan tengah laju dan tak sempat nak brek sebab anjing 2 tengah jalan dan kalu brek pun mesti keta belakang akan langgar..so terus langgar anjing..aku time tuu cuma terasa terhentak kuat sangat,,then aku bangun and wan pun berhenti tepi jalan..habis depan keta diee,bumper hancur..so tersadai la kami kat tepi jalan..nasib baik ada rabi n the gang,depa pun berhenti tunggu ngan kami.walaupun tak berapa rapat,depa mmg baik sebab sanggup tunggu..tnx guyzz!
lepas tuu ada orang datang rasanya pekerja workshop keta..so kami pun follow die.. sampai la kat Senawang..
then kwn-kwn si pekerja workshop ni pun turun..nak habaq kat hampa muka depa ni serius menakutkan mcam penyagak pun ada mcm perogol bersiri pun ada..aku dlm hati time tuu berdoakan agar depa ni tak mengganas..nak tak nak kami kena naik salah keta pekerja kat workshop tu sebab nak bwk kami pi police station buat report utk claim insurans..masa otw nak pi police station kami eksiden kali ke 2 sebab time tuu si driver cakap fon & masa tu ada keta kuar dari simpang tiba-tiba berhenti dan si driver brek maybe jalan licin sebab hujan truss buummmm langgar!!
kami pun tersadai sekali lg tepi jalan..lepas tu ada pekerja lain dari workshop tu dtg and ambik kami.,,
habis selesai urusan kt police station, cousin Wan pun dtg ambik kami dan pi terminal Seremban 2 nak beli tiket bas balik..di sbbkan keta tersadai kat workshop selama smggu kami pun terpaksa naik bas.
time tuu memang lapaq gila,mengantuk semua ada..mak bapak kami, kawan-kawan kami yg lain jgn ckp la..depa risau sangat..
nak buat macam mn kami dah besaq so kena la belajaq utk survive..
kami pun naik 1 bas balik utara.alhamdulilah semua selamat sampai.. maybe apa yang terjadi ada hikmahnya..tima kasih Allah kerana melindungi kami ;)





Post by wanie

18.10.11

Friendship


Post by wanie

17.10.11

Wish ^__^

Next year 2012..can i have this for my birthday present??


I want this design on my thomas sabo charm bracelet

saya berharap ada orang nak belikan utk saya lepas baca ni..kih3
berangan jeee laaaaa ;(
Tetiba pikir pasal hadiah birthday coz hari ni besday my housemate
Happy birthday Azyyati Elias!!
Semoga panjang umor dan murah rezeki ;)

Post by wanie

16.10.11

Oh sunday!


Breakfast untuk pagi ni..


Coffee scroll cake


Doughnut

Its just a dream.fine!! sekian
U guys boleh tengok gambar ni and many more picture of food at
www (dot) tastespotting (dot) com
enjoy!

Post by wanie

15.10.11

Gunung Ledang

Wahhhhhh dah lama tak update story aku kt blog ni..
sebenaqnya aku lupa yang aku da blog.hampir sebulan tak singgah blog ni.."busy sangat la"
pejam celik pejam celik rasanya dah sebulan aku dok muadzam untuk semester baru nie..
aku tak suka sangat tempat ni ;p sedaq tak sedaq dah 2 tahun dok kat muadzam shah "yang tercinta ni", sepatutnya aku patut bersyukur sebab ni tempat aku menimba ilmu, ni dak complain jaa keja aku.
ok la ni lupakan muadzam buat sementare waktu..mari bercerita tentang gunung ledang waterfall!!!!!
hari ni routine harian berubah sedikit kalau hari sabtu macam ni bangun tidoq lewat opppsss..then pi pasar utk lunch sebelum balik beli makan utk malam.prepare siap-siap tapi ptg dah bedal semua mknan smpai hbs, malam terpaksa la berlapar, kalau tak tahan sangat megi jadi menu utama utk dinner,,apa nak buat hidup bujang ;p
so berbalik pada waterfall, tadi aku komen kt facebook ni la result nya ;

ni semua dasar dengki belaka

pagi-pagi dalam kul 9 ktorg dah bertolak, semangat nak mandi waterfall sambil berpicnic
kami pi dalam 11 orang, aku,evlyn,putri,ain zahian,azyyati,lisma,shikin,opie,syimir,mirul dan sayid..
sampai sana dalam kul 11,kami mula carik port yg best utk lepak.. panjat punya panjat gunung ni rasa dah macam jungle tracking la plak penat siot..memandangkan hari sabtu so memang ramai la yg dtg so agak susah nak carik tempat yg kosong. dah akhirnya ktorg ambik keputusan utk lepak dan letak semua makanan yg ktorg bawak dicelah-celah batu..tak jauh dari ktorg rasa nya budak-budak high school dtg picnic siap bakaq satay bagai dasyat-dasyat..lepas tu kami pun start la terejun dalam air..sejuk weeeiiii...baru masuk kaki naik semua bulu roma aku..


nie muka ktorg masa otw pi gunung ledang,ambik masa dalam 2 jam gak



Masa ni semua baru masuk dalam air,, haa hampa nampak dak belakang aku ada couple yang baju merah tu, sebelum kami sampai, depa ni memang dok ada dah, rasa nya depa ni muda lagi dan tak kawin lagi, selamba ja buat maksiat depan kami tanpa rasa malu, so kami buat plan pi dok keliling depa sambil buat bising agar depa blah secepat yang mungkin..
kami memang bising gila sambil percik air rasa nya kena kat couple tuu jugak..depa pun macam naik bengang, si boifren dah giveup ajak si gefren ni blah tapi si si gerfren berbaju merah tu degil die nak dok situ jugak, kami perasan tapi semua buat muka selamba dan kuasai tempat tu macam kami yang punya.. lama jugak laa akhirnya mission completed,depa pon blah,,maybe pompuan tu balik sambil mencarut kat kami,,apa nak buat tempat tu bukan die punya ska ati mak bapak kami la ;p








lama jugak kami berendam, sambil main game,,yela bukan senang nak dtg kan??
nak complain sikit masyarakat kita tak pandai nak jaga kebersihan boleh dikatakan banyak sampah yg dibuang merata-rata dan tandas juga kotor..tapi air yang mengalir masih lagi bersih dan terpelihara ;)
ni jaa gambar yang aku ada..semua orang mandi so masing-masing malas nak pegang kamera sebab tangan basah.

Dah habis berseronok,minggu ni busy ada quiz n presentation tapi tak sabaq nak balik penang minggu ni ;)
daaaaaaaaaaaaaa...

**azyyati skrg ko da ade dlm gambar ;)

Post by wanie

 
Blogger design by Laila Mahfol