24.10.11

‎5 FAKTA UNTUK ANDA PERCAYA ATAU TIDAK




1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.
2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja. 

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.


5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

SEBAGAI PERINGATAN : Sebarkanlah maklumat ini kepada orang-orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi !

Post by wida.

21.10.11

Dugaan

Alhamdulilah bersyukur sangat sebab selamat sampai ke Penang..
home sweet home!
banyak sangat dugaan yg menimpa..

bersyukur pada Allah sebab lindungi kami semua.
yesterday aku ngan kwn2 aku eksiden..

2 kali eksiden sebelum sampai ke rumah..
first kt Bahau sebab langgaq anjing..time tuu aku tidoq..kawan aku putri ngan wan the owner of the car, kata depa langgaq anjing besaq gila..time tuu wan tengah laju dan tak sempat nak brek sebab anjing 2 tengah jalan dan kalu brek pun mesti keta belakang akan langgar..so terus langgar anjing..aku time tuu cuma terasa terhentak kuat sangat,,then aku bangun and wan pun berhenti tepi jalan..habis depan keta diee,bumper hancur..so tersadai la kami kat tepi jalan..nasib baik ada rabi n the gang,depa pun berhenti tunggu ngan kami.walaupun tak berapa rapat,depa mmg baik sebab sanggup tunggu..tnx guyzz!
lepas tuu ada orang datang rasanya pekerja workshop keta..so kami pun follow die.. sampai la kat Senawang..
then kwn-kwn si pekerja workshop ni pun turun..nak habaq kat hampa muka depa ni serius menakutkan mcam penyagak pun ada mcm perogol bersiri pun ada..aku dlm hati time tuu berdoakan agar depa ni tak mengganas..nak tak nak kami kena naik salah keta pekerja kat workshop tu sebab nak bwk kami pi police station buat report utk claim insurans..masa otw nak pi police station kami eksiden kali ke 2 sebab time tuu si driver cakap fon & masa tu ada keta kuar dari simpang tiba-tiba berhenti dan si driver brek maybe jalan licin sebab hujan truss buummmm langgar!!
kami pun tersadai sekali lg tepi jalan..lepas tu ada pekerja lain dari workshop tu dtg and ambik kami.,,
habis selesai urusan kt police station, cousin Wan pun dtg ambik kami dan pi terminal Seremban 2 nak beli tiket bas balik..di sbbkan keta tersadai kat workshop selama smggu kami pun terpaksa naik bas.
time tuu memang lapaq gila,mengantuk semua ada..mak bapak kami, kawan-kawan kami yg lain jgn ckp la..depa risau sangat..
nak buat macam mn kami dah besaq so kena la belajaq utk survive..
kami pun naik 1 bas balik utara.alhamdulilah semua selamat sampai.. maybe apa yang terjadi ada hikmahnya..tima kasih Allah kerana melindungi kami ;)





Post by wanie

18.10.11

Friendship


Post by wanie

17.10.11

Wish ^__^

Next year 2012..can i have this for my birthday present??


I want this design on my thomas sabo charm bracelet

saya berharap ada orang nak belikan utk saya lepas baca ni..kih3
berangan jeee laaaaa ;(
Tetiba pikir pasal hadiah birthday coz hari ni besday my housemate
Happy birthday Azyyati Elias!!
Semoga panjang umor dan murah rezeki ;)

Post by wanie

16.10.11

Oh sunday!


Breakfast untuk pagi ni..


Coffee scroll cake


Doughnut

Its just a dream.fine!! sekian
U guys boleh tengok gambar ni and many more picture of food at
www (dot) tastespotting (dot) com
enjoy!

Post by wanie

15.10.11

Gunung Ledang

Wahhhhhh dah lama tak update story aku kt blog ni..
sebenaqnya aku lupa yang aku da blog.hampir sebulan tak singgah blog ni.."busy sangat la"
pejam celik pejam celik rasanya dah sebulan aku dok muadzam untuk semester baru nie..
aku tak suka sangat tempat ni ;p sedaq tak sedaq dah 2 tahun dok kat muadzam shah "yang tercinta ni", sepatutnya aku patut bersyukur sebab ni tempat aku menimba ilmu, ni dak complain jaa keja aku.
ok la ni lupakan muadzam buat sementare waktu..mari bercerita tentang gunung ledang waterfall!!!!!
hari ni routine harian berubah sedikit kalau hari sabtu macam ni bangun tidoq lewat opppsss..then pi pasar utk lunch sebelum balik beli makan utk malam.prepare siap-siap tapi ptg dah bedal semua mknan smpai hbs, malam terpaksa la berlapar, kalau tak tahan sangat megi jadi menu utama utk dinner,,apa nak buat hidup bujang ;p
so berbalik pada waterfall, tadi aku komen kt facebook ni la result nya ;

ni semua dasar dengki belaka

pagi-pagi dalam kul 9 ktorg dah bertolak, semangat nak mandi waterfall sambil berpicnic
kami pi dalam 11 orang, aku,evlyn,putri,ain zahian,azyyati,lisma,shikin,opie,syimir,mirul dan sayid..
sampai sana dalam kul 11,kami mula carik port yg best utk lepak.. panjat punya panjat gunung ni rasa dah macam jungle tracking la plak penat siot..memandangkan hari sabtu so memang ramai la yg dtg so agak susah nak carik tempat yg kosong. dah akhirnya ktorg ambik keputusan utk lepak dan letak semua makanan yg ktorg bawak dicelah-celah batu..tak jauh dari ktorg rasa nya budak-budak high school dtg picnic siap bakaq satay bagai dasyat-dasyat..lepas tu kami pun start la terejun dalam air..sejuk weeeiiii...baru masuk kaki naik semua bulu roma aku..


nie muka ktorg masa otw pi gunung ledang,ambik masa dalam 2 jam gak



Masa ni semua baru masuk dalam air,, haa hampa nampak dak belakang aku ada couple yang baju merah tu, sebelum kami sampai, depa ni memang dok ada dah, rasa nya depa ni muda lagi dan tak kawin lagi, selamba ja buat maksiat depan kami tanpa rasa malu, so kami buat plan pi dok keliling depa sambil buat bising agar depa blah secepat yang mungkin..
kami memang bising gila sambil percik air rasa nya kena kat couple tuu jugak..depa pun macam naik bengang, si boifren dah giveup ajak si gefren ni blah tapi si si gerfren berbaju merah tu degil die nak dok situ jugak, kami perasan tapi semua buat muka selamba dan kuasai tempat tu macam kami yang punya.. lama jugak laa akhirnya mission completed,depa pon blah,,maybe pompuan tu balik sambil mencarut kat kami,,apa nak buat tempat tu bukan die punya ska ati mak bapak kami la ;p








lama jugak kami berendam, sambil main game,,yela bukan senang nak dtg kan??
nak complain sikit masyarakat kita tak pandai nak jaga kebersihan boleh dikatakan banyak sampah yg dibuang merata-rata dan tandas juga kotor..tapi air yang mengalir masih lagi bersih dan terpelihara ;)
ni jaa gambar yang aku ada..semua orang mandi so masing-masing malas nak pegang kamera sebab tangan basah.

Dah habis berseronok,minggu ni busy ada quiz n presentation tapi tak sabaq nak balik penang minggu ni ;)
daaaaaaaaaaaaaa...

**azyyati skrg ko da ade dlm gambar ;)

Post by wanie

12.10.11

Setelah sebulan...

Assalamualaikum suma skali...

Entri sebelum nie kan aku harap aku dapat menstabilkan diri dengan jadual semester nie kan...alhamdulillah sedikit sebanyak aku dah mula satbil semula, sebenarnya suma orang dok kalut study untuk test tapi aku nie boleh dok rileks lagi sebab test aku lambat lagi, haha...nanti dah dekat nak exam baru la nak gelabah bewak (normal la tue kan) anda pun macam tue jugak kan??? 

Okeh..apa-apa pun aku nak cerita apa yang dah terjadi sepanjang minggu ke-3 dan ke-4 di UPM nie.Aku tunjuk gambaq je la kowt, boleh la kan...malas dah nak citer panjang-panjang, hehe...

Haa..gambaq atas nie masa program raya kat kolej aku. Kuat makan kan aku nie, tue yang tak pernah kuruih-kuruih...huhu. Selepas program nie, esok paginya aku telah sukarela untuk menjadi sukarelawan Program Merentas Kampus. Program ini ala-ala macam kita merentas desa kat sekolah kecik-kecik dulu tue la. Yang bestnya kan jadi sukarelawan nie dapat elaun dengan makan free...hehe, tue yang beriya-iya sangat di samping nak tengok la junior-junior upm nie sikit....kuang3

Minggu ke-4 aku agak sedikit tension, perkara yang sama berulang lagi di mana kolej aku tak dak ayaq lagi...huhu, dengaq kata kali nie tangki utama air UPM plak yang rosak...haishhh, macam-macam la kan, nasib baik la aku punya kelas hari tue batal, memang tak mandi la aku 1 hari. Namun hari minggu aku kali nie terisi dengan satu plan yang sempoi habis la, hehe...pagi tue aku pegi la handle program Bengkel Cabest UPM. Selesai je bengkel tue, balik kolej rehat-rehat la sat, lepas tue kawan aku ada tanya nak keluar pi MidValley ke. Aku pun jawab la boleh je tapi kalo naik komuter malas la nak gerak sangat, kalo ada keta sempoi gak. Tepon-tepon suma, confirm betul-betul dapat la keta viva sebijik, dah naik keta...fikir-fikir balik kami sewa setengah hari je..takkan nak pi MidValley dengan I-City, last decission macam mana taktau kawan aku sorang nie bagi idea jom la kita pi Port Dickson. Suma setuju saja la kan...hehe, dekat 1jam lebih jugak la nak smpai sana...kami keluaq petang, pagi baru balik ke UPM semula. Ok! Kat bawah ni ada sedikit gambaq kami kat Port Dickson dan Putrajaya.


   

Haaa...nie la kami berenam budak hutan yang mereng kepala otaknya, hehe...selalu wat plan gila. Maaf la mak abah, anak kamu dah jahat sikit semester nie... Last sekali aku nak tanya, mana pi ahli lembaga pengarah yang lain-lain nie..awat senyap sunyi je??? Post la apa-apa entri baru. Nanti lama-lama berhabuk blog kita nie.

Post by wida.

 
Blogger design by Laila Mahfol