28.5.12

RM50 Can Bring Joy in Eating !

Assalamualaikum kawan-kawan... Maafkan saya sebab dah lama tak meng'update' blog 1 Blog 4 Kepala ni.. Ucapan maaf ditujukan kepada Ahli Lembaga Pengarah Blog terutamanya (mau kena sumpah seranah dengan depa ni) hahaha.. Okay back on the track.. Fuhh memang agak lama jugak la tak update dan kali ni nak cerita pasal pengalaman aku dengan kawan-kawan kat Perak keluar jalan-jalan tapi tak ada jalan mana-mana pun, kami cuma pi Aeon Seksyen 18 (yang dahulunya dikenali sebagai Jusco tapi yang ni baru bukak punya).  Kami pernah memasang angan-angan nak makan kat tempat-tempat yang memang tak kan jejak la kalau pi sorang-sorang, jadi aku dengan sorang budak rumah pasang plan nak makan kat tempat yang boleh dikatakan mampu bagi anak-anak orang kaya huhuhu... Kami pun plan dengan mengumpul seorang RM 50 (bajet makan untuk satu kepala ja ni fuhh) dengan menuju ke tempat-tempat tersebut.

Mula-mula sekali kami semua pi 'food court' dulu sebab tak tahan daulat yang lapar bagai nak rak. Perut menendang-nendang mintak diisi (food court ni tak termasuk dalam list hehe). Okay lepas makan dan jalan-jalan kejap, kami pun pergi ke The Coffee Beans dengan niat just nak rasa ayaq depa ja pun sebab ada sorang kawan aku ni cakap sedap so kami pun try dan resultnya.. Sedap la jugak kan.. :)

Ni makanan yang dipesan hoho
Dan berikut tambahan muka tak boleh belah kami masa makan kat situ.

Nad & Kak Zati

Konon hahaha ;) 

Okay perasan ! haha

Alhamdulillah.. Selesai ja makan kami jalan-jalan lagi dan berjumpa dengan kedai makan yang kedua pulak iaitu Sushi King. Memang jakun la aku kat dalam tu sebab tak pernah mimpi nak masuk (lantak la orang nak cakap apa pun yang pasti memang tempat aku selalunya kedai makan biasa ja ok). Kat situ kawan aku yang paling tua bagi order dan kami rembat segala bagai sushi kat situ.  Ramen kat situ pun sedap kot so pi la situ hehehe

Tapi memey berbaloi la kalau makan kat King tu sebab konfirm puas hati. 

The Beginning

Terliur tak ?

Lepas mengenyangkan perot dengan sushi bagai, kami balik tapi ada baki duit lagi so kawan aku bawak pulak pi terjah Oldtown Kopitiam. Kat sana kami pekena lagi makanan dan minuman. Ni adalah destinasi kami yang terakhir la sebab badan dah penat dan mata pun mengantuk la kan. Perot kenyang macam ular sawa daaa..

Maaf tak cukup sorang huhu

Alhamdulillah. Kami pun balik dengan senang hati sebab sebelum nak keluar rumah macam-macam benda nak kena setel (esaimen la kan) -_-'.  Dan aku harap one day aku dapat chill dengan Ahli Lembaga Pengarah Blog pulak sebab tahap gila depa ni tak sama dengan orang lain hahaha.. Rindu nak keluar dengan depa sobsob :') Tujuan bagitau ni bukan nak menunjuk ye tapi nak share dengan korang semua yang duit kalau dikongsi mampu happy kan semua orang cewah! hehehe jangan salah sangka tau, kalau ada masa try spend time dengan kawan-kawan or family konfirm terbang segala masalah yang ada. Insyaallah :)

*p/s : even makan kat 3 tempat ni pon still ada baki yang kami bedal makan kat mamak esoknya plak haha





3 kuman kumin:

abdul hadi said...

peh 50 ringgit 2 aku boleh guna untuk sebulan makan ..

bestiesbeat said...

hang kan memang kedekut hadi~wanie

abdul hadi said...

bukan kedekut .. inilah dinamakan penjimatan .. al malum lah .. tengh kumpul duit buat kawin t

 
Blogger design by Laila Mahfol