Hye guys! 2012 will ended not more than 24 hours,and say hello to 2013!
Alhamdulilah, 2012 taught me more independence and be more matured,i guess so ;p
i bored right now -__-'' urrgghh! so here the lists i "hope" i can make it in 2013!
31.12.12
2013 is coming!
Eat more healthy food!
Buy a sexy high heels or maybe get a sexy legs?
okay both!!
Get a prefect nails!
Get a hair colour like her? Emm nope! i can't!
mimpi dapat rambut panjang macam die sudah lah,
okay next?
change to be a better person :)
okay bye
..bepGD..
28.12.12
~RUMUSAN 2012~
ASSALAMUALAIKUM
W.B.T DAN SELAMAT PAGI, PETANG SERTA MALAM….
Sudah agak
lama aku tak berbicara di laman ini kan, dah rasa kekok plak bila nak mula
menulis semula. Sambil mendengar lagu Taylor Swift….wooo…wooo…oooo~~~
Setelah lama
berfikir, apa yang aku nak tulis hanyalah luahan perasaan aku sahaja. Apabila
dikenangkan hanya tinggal 3 hari je lagi nak melangkah ke tahun baru, ini
bermaksud umur aku sudah semakin bertambah, namun masih terasa diri ini bukan
seperti umurku yang sebenarnya.
OK. Sudahla
melalut, jom ke cerita yang sebenarnya.
Aku rasa la
kan setiap kali aku tangkap gambar, mostly dengan makanan. Huhuhu…mananya
badanku makin membesar bukannya makin mengecil. Buktinya-buktinya, silalah
scroll ke bawah :
Kesimpulannya…memang
sudah terbukti aku suka tangkap gambar bila sedang melahap (makan). Apa yang
penting setiap kali kena bagi ‘pose’ yang terbaik untuk setiap gambar.
Hehe…peace yooo !!! Sebenarnya ada banyak lagi nak letak...tapi hanya ini sahaja yang terpilih, kalau letak banyak-banyak, habislah orang cari aku suruh jadi duta makanan plak. HAHAHAHA !
Ok, DONE !
Ok, DONE !
Labels: cikwidawhoaaa
1.9.12
Bergembira di hari raya.
Assalamualaikum wbt.
Ahah! Jangan tertipu dengan tajuk. Entry ni takdak gambar berkunjung raya, bersalaman alahai semua okey. Rabu lepas, kami berempat, yakni Fatin,Wida,Farah dan aku telah pergi menikmati masa muda we'ols di Megamall Pacific, dengan plan utama untuk menonton filem ini
Ohoi, tua bukan sebarang tua. The Expendables sangaaaaaaaaaaaat seronok okey. Aku bagi 4.7 bintang untuk filem ni. Lagi 0.3 bintang tu aku tarik sebab Liam Hemsworth mati tak sampai suku cerita pun and i iz sad. Tak baik tau bunuh Billy the Kid diusia yang muda sebegitu. Sob sob sob.
Daripada cinema,kita ke bowling centre yang hanya sekangkang kera dari cinema itew. Surprisingly, takdak orang pun kat tempat bowling tu, cuma ada 2,3 lane je kot yang ada orang. Takdak orang sangat pun awkward tahu, nak baling pun i iz malu-malu alahai. Kehkeh.
Amek kau,aku tepek gambar besau-besau! Kahkahkah.
One of us, Fatin, sebenarnya berpuasa hari ituew. Disebabkan kami remaja-memberontak-taknak-balik-rumah-awal, maka terbitlah idea dari kepala Farah untuk kami turut serta Fatin yang berpuasa dan membuka puasa di luar. Hasil diskusi dan debatan yang hebat dari kami berempat, maka kami decide untuk makan di Restoran Al-Araby di Tesco Seberang Jaya!
Ada gaya tak aku nak apply jadi duta al-Araby ni? Wkwkwkw |
Duta bersama. |
Kes masuk kod wifi tak betul |
Duta bersama lagi. |
And the foods are:
Chicken Mandy |
Nasi Mandy dia sedap, bak kata mak aku yang pernah pegi Mekah, nasi dia mirip banget rasanya kayak yang ada di Mekah. Keren ahh!
Tak ingat nama |
Chicken Grill |
Chicken Grill ni pun sedap jugak. Ada dalam bahagian Appetizer. In case u'ols dah kenyang ke, dah makan sekotak pop corn masa tengok wayang ke, hah, boleh pilih menu ni. Sedap jugak, makanan pun simple je. Antara makanan rebutan Wida. Hahaha :p
Lamb Mandy |
Selepas kami mendapat tahu bahawa Fatin alergik ayam (kesiannya), kita try la makan Lamb Mandy. Yang ni pun sedap jugak, daging kambing tu memang lembut dan takdak bau. Boleh la cuba kalau u'ols dah jemu makan ayam :)
Makanan semua tu we'ols kongsi-kongsi je kan, nak makan sorang memang pecah usus ahh. Pinggan dia pun besaq kedabak, kalau arab sejati boleh ahh habiskan.
Yang dah habis membebel,
Cik Ca'ah ^^
26.6.12
28.5.12
RM50 Can Bring Joy in Eating !
Assalamualaikum kawan-kawan... Maafkan saya sebab dah lama tak meng'update' blog 1 Blog 4 Kepala ni.. Ucapan maaf ditujukan kepada Ahli Lembaga Pengarah Blog terutamanya (mau kena sumpah seranah dengan depa ni) hahaha.. Okay back on the track.. Fuhh memang agak lama jugak la tak update dan kali ni nak cerita pasal pengalaman aku dengan kawan-kawan kat Perak keluar jalan-jalan tapi tak ada jalan mana-mana pun, kami cuma pi Aeon Seksyen 18 (yang dahulunya dikenali sebagai Jusco tapi yang ni baru bukak punya). Kami pernah memasang angan-angan nak makan kat tempat-tempat yang memang tak kan jejak la kalau pi sorang-sorang, jadi aku dengan sorang budak rumah pasang plan nak makan kat tempat yang boleh dikatakan mampu bagi anak-anak orang kaya huhuhu... Kami pun plan dengan mengumpul seorang RM 50 (bajet makan untuk satu kepala ja ni fuhh) dengan menuju ke tempat-tempat tersebut.
Mula-mula sekali kami semua pi 'food court' dulu sebab tak tahan daulat yang lapar bagai nak rak. Perut menendang-nendang mintak diisi (food court ni tak termasuk dalam list hehe). Okay lepas makan dan jalan-jalan kejap, kami pun pergi ke The Coffee Beans dengan niat just nak rasa ayaq depa ja pun sebab ada sorang kawan aku ni cakap sedap so kami pun try dan resultnya.. Sedap la jugak kan.. :)
Ni makanan yang dipesan hoho |
Nad & Kak Zati |
Konon hahaha ;) |
Okay perasan ! haha |
Alhamdulillah.. Selesai ja makan kami jalan-jalan lagi dan berjumpa dengan kedai makan yang kedua pulak iaitu Sushi King. Memang jakun la aku kat dalam tu sebab tak pernah mimpi nak masuk (lantak la orang nak cakap apa pun yang pasti memang tempat aku selalunya kedai makan biasa ja ok). Kat situ kawan aku yang paling tua bagi order dan kami rembat segala bagai sushi kat situ. Ramen kat situ pun sedap kot so pi la situ hehehe
Tapi memey berbaloi la kalau makan kat King tu sebab konfirm puas hati.
The Beginning |
Terliur tak ? |
Lepas mengenyangkan perot dengan sushi bagai, kami balik tapi ada baki duit lagi so kawan aku bawak pulak pi terjah Oldtown Kopitiam. Kat sana kami pekena lagi makanan dan minuman. Ni adalah destinasi kami yang terakhir la sebab badan dah penat dan mata pun mengantuk la kan. Perot kenyang macam ular sawa daaa..
Maaf tak cukup sorang huhu |
Alhamdulillah. Kami pun balik dengan senang hati sebab sebelum nak keluar rumah macam-macam benda nak kena setel (esaimen la kan) -_-'. Dan aku harap one day aku dapat chill dengan Ahli Lembaga Pengarah Blog pulak sebab tahap gila depa ni tak sama dengan orang lain hahaha.. Rindu nak keluar dengan depa sobsob :') Tujuan bagitau ni bukan nak menunjuk ye tapi nak share dengan korang semua yang duit kalau dikongsi mampu happy kan semua orang cewah! hehehe jangan salah sangka tau, kalau ada masa try spend time dengan kawan-kawan or family konfirm terbang segala masalah yang ada. Insyaallah :)
*p/s : even makan kat 3 tempat ni pon still ada baki yang kami bedal makan kat mamak esoknya plak haha
Labels: fatin
10.5.12
Tabahnya Hati Dia…
Assalamualaikum w.b.t..
Hari nie aku telah belajar sesuatu perkara yang baru dalam
kehidupan daripada orang terdekat iaitu kawan
aku sendiri. Betapa tabahnya hati dia dalam menghadapi semua nie, kalau aku
mesti aku dah menangis. Namun kawan aku nie sangat la kuat dan baik hati. Aku
tabik la dengan dia. Benda nie jadi depan aku sendiri. Meh sini aku nak bagitau
apa yang terjadi…
Hari nie kami dua keluar la sat sebab kelas sampai
pukul 11 pagi je. Jadi petang tue kami
pun cadang nak keluar,lagipun kawan aku nie kata nak pi amik gitar dia kat umah
sebab ada orang nak pinjam gitar dia, nak guna untuk wat persembahan kat dinner
final year.
Ok…sebelum tue aku citer dulu la sikit pasal kawan aku nie.
Nama dia Lailatul Mosarrofah. Kami semua kat sini panggil dia laila je. Pertama
kali aku jumpa dia masa orientasi,aku nampak dia nie mencapap sikit. Aku
terfikir la jgak masa tue macam mana la nak tahan selama 3tahun nanti aku
belajar dengan dia kat UPM nie. Namun lama-kelamaan,bila aku dah mula kenal dengan
Laila,baru la aku tau dia nie baik hati orangnya…tak berkira dalam apa saja
perkara, sampai kekadang tue aku plak yang kesian kat dia sebab ada kawan-kawan
yang pijak kepala dia sebab dia terlampau baik hati. Aku dengan Laila nie duduk
satu aras kat blok kolej nie. Kami pernah la jgak duduk 1 bilik masa semester
2. Dari situ jugak la persahabatan kami
mulai rapat sampaikan kawan-kawan kat fakulti kata kami nie dah macam
kembar. Kekadang tue pi kelas pun tak sedar yang kami pakai baju sama
warna…hehe. Laila nie jugak jenis yang
kalau wat suatu benda tue, kira ikut kepala dia je..suka keluarkan pendapat
sendiri dan macam-macam benda pelik lagi la pasal dia. Aku selalu je nampak dia
hepi. Namun sebenarnya kita taktau apa yang dia rasa di dalam hati. Kekadang
tue aku rasa kesian jgak kat dia.
Contohnya, macam kejadian hari nie…bila dia dapat tau gitar
kesayangan (antara barang kesayangan Laila) patah, aku tengok dia tak
menggelabah dan marah-marah pun dekat adik sepupu dia. Kalau aku nie konpem dah
nangis dan marah-marah kalau barang kesayangan aku ada orang bagi rosak. Malah Laila tenang je..siap pesan kat adik
sepupu dia jangan bagitau kat sesiapa pun sebab taknak kecoh-kecoh dan tak
minta ganti rugi balik pun kat adik sepupu dia tue. Aku ada jgak kata kat dia
“Laila, kalo ko nak nanges, nanges je..biar lepas apa yang ko simpan kat dalam
tue”. Tapi dia kata benda dah nak jadi nak buat macam mana kan. Sebelum nie ada jgak, cincin pemberian mak
dia hilang…dia tetap tenang. Dari sini
aku dapat nampak yang Laila adalah
seorang yang sangat berdikari dan tabah orangnya. Mungkin sebab itulah jugak
ramai kawan-kawan yang sayang kat dia sebab personaliti dia yang cool tue dan
kekadang boleh buat orang tertawa dengan gelagat dia.
Ok la..sampai di sini saja dulu la kowt aku cerita pasal
sahabat aku yang bernama Laila. Pesanan untuk semua dan diri sendiri jugak, lain kali jangan nilai
seseorang tue sebelum kita kenal dengan dia macam orang kata, tak kenal maka
tak cinta. Wassalam.
gambar kami sepanjang 4 sem berkawan. |
#Laila, jangan marah tau,aku masuk kan kisah ko kat
sini…hehe…peaceeee yooo ! Aku sayang ko walaupun kekadang tue aku selalu
potpet-potpet kat ko. Sorry tau ! Thanks sebab sudi jadi sahabat aku kat UPM
nie. :)
30.4.12
non-stop WORKING - THNINKING !
Assalamualaikum w.b.t...
Lama x menyinggah kat sini,tiba-tiba keluar tajuk entri yang bajet omputeh dan poyo habissss...hehe
Aku cuma nak luahkan perasaan je yang aku nie hampir dah jadi macam pekerja awam, padahal cuma pelajar yang berstatus mahasiswa je. Minggu lepas minggu yang sangat memenatkan, boleh dikatakan aku la pelajar yang paling sibuk masa tue...haha, tau nak bajet baguihhh je !
Dari hari Isnin sampai la hari Jumaat,tak sempat aku nak rehat..mula-mula ada ujian 2, lepas tue siapkan assignment one by one sampai hari Jumaat ada ujian 2 lagi. Perggghhhh...memang macam robot aku tiap-tiap hari, pi kelas,dengaq lecture,balik siapkan assignment,kemudian study untuk test. Masa tidoq aku memang takdak macam biasa la..paling lma tidoq pun 5jam je. Habis je test aku hari jumaat tue,terus keluar enjoy sampai pukul 11malam,nak lepaskan stress la katakan. Dan bila sampai hari hari sabtu dan ahad aku,jadi macam gambaq kat bawah nie la...hehe. Tapi kadang-kadang tue baguihhh jugak, kita sudah terbiasa dengan kesibukan buat kerja..bila time takdak keja terus kita akan rasa tak boleh dok diam !
# Dah masuk minggu ke-10 untuk semester nie, ada 1lagi test ekonomi yang menanti dan minggu yang penuh dengan aktiviti...wish me luck ^_^
Labels: cikwidawhoaaa