MasyaAllah, manusia hari nie ramai sungguh la, sale sana sale sini, merata tempat sale, sumanya sebab seminggu je lagi kita nak raya kan. Setiap kali aku nak shopping raya je, mesti aku akan hadapi masalah nie iaitu di mana kasut yang aku berkenan sumanya takdak saiz, huhu... Hari nie je aku boleh kata aku masuk suma kedai kasut kat shopping mall tue, tapi tak jumpa-jumpa juga, dan akhirnya tak dapat apa-apa la. Ada yang aku berkenan, mak bapak aku pulak tak berkenan, kata buruk la apa la, yang depa berkenan aku pulak tak berkenan, pattern lama la macam orang tua la, macam-macam la...dah tue macam mana, haishhhh....susah betul la nak beli kasut raya nie. Yang jadi susahnya sebab dah nama raya, mesti nak kasut yang lawa-lawa kan, hehe...
1 lagi fenomena yang aku tertarik bila nak raya nie, dekat-dekat shopping mall pun kita boleh terserempak dengan saudara-mara la kawan-kawan la. Mak aku pun ada berkata "Penang nie besaq mana la sangat,pusing-pusing jumpa jugak." Aku setuju dengan kata-kata mak aku tue.
Peringatan untuk diri sendiri dan suma : shopping raya shopping jugak tapi ibadah puasa di malam-malam terakhir jangan dilupakan.
post by wida
2 kuman kumin:
weh p mna? smlm aku p jusco. haha
ayah aku bw p QB mall...hehe
Post a Comment