10.7.11

cerita SABTU lagi !

 9 Julai - BERSIH ??? xdak kaitan pun sebenarnya dengan apa yang aku nak cerita nie...hehe kenduri ? bukan juga....aku cuma nak cerita hari sabtu aku di Penang, cerita bermula apabila aku dan keluarga nak pergi melawat sepupu aku yang paling comel dan kecil nie masuk wad di Lam Wah Ee akibat asma dan berkemungkinan dijangkiti demam denggi...kesian dia masa aku tengok misi nak amik suhu badan dengan tekanan darah...menangis-nangis dan penat juga maksu dan paksu aku nak pujuk. Satu je yang bagus aku tengok bila ada orang masuk hospital nie bila semua family datang melawat kat hospital..dah boleh buat 'family gathering' kat hospital tue...keluarga makchaq, pakndak, makteh, pakcik dan tok aku pun mai melawat...hari tue juga hari jadi abang kepada si sepupu aku yang sakit nie bersamaan hari jadi Gabenor kita juga...satu hari yang kebetulan...hurmmmm, si abang nie pun kena la sambut besday yang ke-4 kat hospital, suara dia la yang paling bising kat dalam wad tue...paling dia seronok bila mak aku beli McD untuk besday...jerit McChicken tak habis-habis, makteh aku pula ada belikan kek sekali...memang meriah habis la !!!


mimin cepat-cepat sembuh tau !!!
kasihan mimin...keletihan sungguh
yang bawah nie pula gambaq besday boy - Nafis

seronok dapak kek Kung Fu Panda...watchaaa!!!

McChicken ! McChicken !

Aku berkesempatan juga pi sembahyang zohor kat Masjid Negeri Pulau Pinang...sampai je kat situ teringat kenangan masa Form 3 dulu-dulu tue...miss that moment damn so much !!! Satu lagi aktiviti menarik lepas melawat mimin kat hospital...kami konvoi ramai-ramai ke Pantai Seagate, 4 buah kereta juga la, mula-mula tue semua pakat nak balik rumah masing-masing dah tetapi lepas Pakndak aku pelawa nak ajak makan buah durian balik pulau,terus ubah plan....hehe, ok kat bawah nie ada la sikit gambaq-gambaq kami dok makan durian...dekat 10 biji juga la...habis semuanya dengan-dengan rambutan sekali !

bila dapat makan,mcm nie la jadinya...hehe :)

gadis-gadis korea kata sepupu aku...hahaha
makan jangan x makan !!!

sebagai nak bersihkan mata hampa..aku nak letak gambaq nie sebagai cenderamata...wakakaka !!! jangan marah ye~~~

pantang jumpa kamera sikit sebenarnya budak atas nie


Posts by budak suka tangkap gambaq mcm yang atas nie :)

2 kuman kumin:

Cik Caah said...

nak duriannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

bestiesbeat said...

jom serang balik pulau !!! hehe :)

 
Blogger design by Laila Mahfol