28.7.11

Fuhhhh...Penat ! Penat !

Huphaphuphap...tak hilang-hilang lagi penat nie, nak tau pasal apa? tengok gambaq bawah nie...


Haaaa...nie la sebab aku penat nak mampuihhh...aku baru ja balik dari Taman Negara Pulau Pinang nie dua hari yang lepas. Macam mana aku boleh sampai kat situ, tue yang akan jadi cerita dalam entri aku kali nie...hurmmm 

Perjalanan aku bermula pada awal pagi macam waktu orang nak masuk kerja juga, masyaAllah pagi-pagi lagi dah tersekat dalam kesesakan jalan raya,mula dari aku keluar rumah aku nie sampai la ke atas jambatan, kaya sungguh rakyat Malaysia kan  awat aku kata macam tue, mana taknya menurut fakta setiap rumah mesti lebih kurang ada 3 atau 4 buah kereta, macam kat rumah aku gak...hahaha...tapi rumah aku ada 2 je tau. Eh, mai melalut kat sini pulak ! Ok, kembali kepada tujuan sebenar aku. Hehe...

Sesampai je aku kat tempat kerja abah aku iaitu di Pusat Sains Kaji Hayat, USM, aku neves giler sebab aku tak kenal sapa-sapa pun, dah la aku join group budak-budak masters, aku nie sapa la, baru ja amik ijazah tue pun masih setahun jagung lagi dalam bidang yang aku amik. Masa aku dok termenung sorang-sorang kat foyer school tue sambil tengok orang dok lalu-lalang masuk keja, datang la sorang kakak tegur aku. Lega rasanya..rupa-rupanya kakak tue la yang aku dok mesej-mesej dengan dia sebelum nie sumanya sebab nak tau serba sedikit pasal trip hari tue. Aku panggil kak tue 'Kak Faseh', orang dia kecik molek je, comel jugak, umoq baru 23 tahun, hebat kan muda-muda lagi dah wat masters...nanti aku tunjuk gambaq dia.

Nak pi ke Teluk Bahang, kami naik van usm je...dalam van tue ada la dalam tujuh orang, tiga lelaki dan empat perempuan. Sebelum nak wat keja, kami pi la menyorok (sarapan) dulu kat Gelugor. Kami semua telan nasi lemak la sebab nak kena simpan tenaga untuk trekking sat lagi. Nak sampai kat Teluk Bahang nie,faham-faham je la jalan berpusing-pusing macam nak pi Cameron Highlands tue, aku nie buka boleh sangat, apa lagi pening kepala la aku sampai muntah-muntah, huhu...

Kami dipecahkan kepada dua kumpulan, aku ikut kak Faseh dan sorang lagi aku panggil Cik Am, dia la yang akan bantu serba sedikit dalam research kak Faseh nie.


Aku senyap-senyap amik gambaq depa dari belakang nie,bukan depa tau pun...hehe...maaf ye kak Faseh dan Cik Am. Kak Faseh nie sebenarnya nak wat research pasal rotan, jadi kami pun kena la cari kawasan yang mempunyai banyak rotan untuk wat plot. Sambil-sambil dok trekking nie la, kami mula dok beramah-ramah mesra sambil-sambil jugak berbincang tentang research kak Faseh, sedikit sebanyak aku pun dapat belajar ilmu dari kak Faseh dan Cik Am. Awal-awal tue semput jugak beb, mana taknya dok cuti lama sangat kat umah, lemak pun banyak yang terkumpul, namun aku gagahkan diri jua even pening aku still tak hilang lagi. 


Nie antara pandangan yang aku amik sebelum aku mula rabat bukit, tak sempat nak amik banyak-banyak sebab penat sangat...hehe. Banyak berhenti gak la sebab masing-masing penat kan sambil-sambil dok cari rotan. Dekat 2jam lebih trekking sampai la kami kat Pantai Kerachut. Aku teruja gila kowt sebab cantik sangat tempat tue subhanaAllah...





Gambaq-gambaq kat atas nie antara yang pemandangan yang terdapat di Pantai Kerachut. Haaa...yang gambaq last tue, mai nie aku nak habaq dari kiri tue aku la, sebelah aku kak Faseh, kak Odah dan kak Masyi. Kak Odah tue nak wat research pasal pokok rengas, dia juga ex-dip perhutanan UPM manakala kak Masyi pulak wat research pasal herba Misai Ali. Fungsi herba nie kak Masyi cakap ala-ala macam Tongkat Ali juga la iaitu untuk kekuatan tenga zahir dan batin. Tiga orang akak nie sebenarnya lulusan Ijazah Biobotani kat USM. Sebenarnya ada sorang lagi pelajar dari Ghana, nama dia Patrick. Tak sempat aku nak amik gambaq dengan dia sebab dia pemalu sikit...cewahhhh..hehe. Si Patrick nie la plak nak wat research pasal spesies Liana iaitu akar-akar yang menjalar. Banyak sangat ilmu yang aku dapat dalam 1hari. Lepas sembahyang zohor dan makan apa bagai, kami pun bertolak balik. 

Tasik Meromiktik

masyaAllah...aku bangga jadi anak Pulau Pinang

spesies yang dapat dilihat :)

Kami sampai tepat pukul 5 petang. Suma orang nampak penat sekali. Kaki aku pun dah mula terasa berdenyut-denyut. Lepas keluar dari Taman Negara, Cik Am bawa la kami pi makan kat Sungai Nibong. Nak kata lunch pun tak jugak sebab dah petang kan...hehe tapi suma bantai makan je sebab lapaq sangat. 


Pesanan terakhir dari aku jagalah khazanah hutan kita dengan sebaik-baiknya.

Post by wida 

2 kuman kumin:

Cik Caah said...

ala,jeles laa. pantai kerachut lawa kan? nak pegi jugakkkkk

bestiesbeat said...

cantik sgt weyh..subhanaAllah, teruja dgn ciptaan Allah...kalo xdak pa lepas nie bleyh la kita rmai2 p trekking kt sna...hehe tp kna kuat fizikal n mental la

 
Blogger design by Laila Mahfol