8.7.11

Mencari seorang lelaki

Assalamualaikum.

Oh,jangan salah faham dengan tajuk entry ni ek,bukan nak mencari pasangan hidup. Oh tidak,tidak. Belum masanya lagi. Huhuhu. Sebenarnya aku tengah mencari 'hero' aku masa aku darjah dua. Tersebutlah kisah, dedulu,masa aku kecik kecik,aku dibesarkan kat Seberang Jaya. Dari baby sampai darjah satu aku dok kat Seberang Jaya. Tapi masa nak darjah dua tu,something happened pastu aku dengan family aku pindah ke Kuala Kangsar,Perak which is kampung mak aku.

So,aku sambung sekolah start darjah dua kat kampung la. Dekat SK Sayong.




Masa aku sekolah dulukan ada dua kelas je untuk bebudak darjah dua iaitu kelas 2 Delima dengan 2 Intan kot. Aku tak berapa sure ahh tapi for sure aku kelas 2 Delima. Haaa,yang arrow tu aku tunjuk kelas aku la. If i'm not mistaken la sebab aku ni ada penyakit short-term memory masa childhood aku. Serius. Aku memang tak berapa nak ingat,entah la,dah berapa puak semut aku telan aku pun taktau.

Sekolah ni kan,dalam kampung tau. Rumah tok aku macam tepi jalan la,tak dalam kampung sangat. So,hari hari aku pegi sekolah naik beskal. Normal la kan,rempit rempit sket pastu dah dekat dekat sekolah tu,pimpin beskal la,baru nampak ayu sket,tahu? Lepas tu park beskal kat belakang kantin sambil menghidu aroma nasi lemak. Perghhh,nasi lemak kat sekolah ni la paling sedappp yang pernah aku makan sepanjang hidup aku. Betul,aku tak tipu,sampai sekarang ni aku dok terasa rasa kesedapan sambal nasi lemak tu. Waaaah.

Dekat dekat sekolah aku tu,ada orang jual laksa dekat rumah dia. Kiranya makcik tu bubuh meja la kat bawah rumah dia. Aku suka makan laksa kat situ sebab murah dan sedap. Tapi toksah dok cerita la,laksa Perak memang sedap tambah tambah Laksa Taufiq kat pekan Kuale tu. Kempunan hoi! Okey okey,back to the topic. Kadang-kadang lepas balik sekolah,aku pekena laksa makcik tu semangkuk.

Nak dijadikan cerita,ada dua jalan kalau nak pegi umah makcik tu. Satu jalan tar,satu lagi jalan melalui padang sekolah yang bertentangan dengan sekolah aku tu. Kiranya rumah makcik tukan,dekat bucu padang tu la. Ada satu hari tu,aku nak pegi makan laksa tu. So,aku pegilah ikut jalan padang tu. Kan dekat sket. Tapi maybe malam sebelum tu hujan,so padang tu berlecak sket la. Aku gagahkan jugak naik beskal,punya la lurus aku ni pun. Nampak ada lopak kat depan,wah lalu jugak dengan impian dan harapan aku boleh sampai cepat kat kedai laksa tu. Dah ada lopak kan,mana la beskal aku tu boleh get through,bangang aku ni pun. Apa lagi,aku lost control pastu terjatuh la kat lopak yang berlecak ya ampun tu.

Hangpa nak tau reaksi aku apa masa tu? Punya suci la aku ni,bukannya aku nak berdiri,pimpin beskal blah ke hapa,aku dok situ ja sambil nangis. Tapi takdak la meraung bagai. Tapi hangpa boleh bayang dak? Masa tu punya ramai budak balik sekolah,dok lalu lalang pastu aku boleh dok kat tetengah lopak tu nangis sensorang. Aku memang tak terpikir langsung nak balik umah ke apa,memang aku duduk cenggitu ja. 

Masa tu lah,hero aku datang. Jeng jeng jeng. Hahaha. Aku taktau sapa dia,dari mana dia datang,tetiba ja dia mai dekat aku. Dia tengok aku,pastu aku cakap la kat dia, "boleh pi panggil mak saya tak?" *actually aku taktau cenggana aku cakap dengan dia,tapi ayat dia lebih kurang cenggitu la kot. Hehe. Lepas tu,terus dia kata "okey okey,saya pegi panggil". Aku tanya la dia,tau tak umah aku,dia kata dia tau. Then,dia blah,masa tu aku tak nangis dah,tapi aku still duduk kat lopak tu lagi =_="

Few minutes later,mak aku datang dengan motor. Mak aku gelak kat aku,tanya kenapa aku duduk ja,awat tak balik ja. Aku buat benge ja,hahaha. Last last aku baik motor ja dengan mak aku balik umah. Beskal aku biar ja kat situ. Mak aku kalau balik kampung deret arr dok membahan aku pasal aku jatuh beskal. Tapi aku memang wondering la,sapa yang tolong aku. Aku syak dia senior aku sebab nak kata sama darjah aku bukan kot. Aku tanya kat mak aku,mak aku pun tak kenal. Tapi macam mana dia tau umah aku ek? Tapi kenapa la aku teruk sangat sampai tak ingat muka dia. Ya Allah!!!!!!

Akhir kata,kepada sesiapa yang kenal atau tuan empunya diri yang telah menyelamatkan saya dalam jangka masa bulan satu sampai bulan enam tahun 1999 kat padang sekolah sayong,saya nak ucap terima kasih sangattttttttttt sebab awak dah tolong panggil mak saya. Kalau la awak takdak kan,ntah ntah sampai ke malam saya duduk kat lecah tu. Huhuhu. Tapi kan,saya tak pernah ada kesempatan nak ucap terima kasih kat awak. Awak,kalau awak baca,raya tahun ni datanglah umah tok saya,tapi datang raya ketiga atau keempat tau. Sebab tahun ni turn saya raya kat Penang dulu. Awak masih ingat umah tok saya? Teehee ^_^




diketuk-ketuk oleh cik ca'ah

2 kuman kumin:

bestiesbeat said...

aku tau laki 2?? ;)
caah kecik2 dah gatai hehehe

Cik Ca'ah said...

aku pun taktau laki tu sapa. aku tak kenal.

 
Blogger design by Laila Mahfol