31.7.11

kekasihku yang dirindui...

Hampa jangan salah faham dengan tajuk entri nie plak...hehe, maksud kekasih yang aku rindu tue ialah bulan ramadan yang bakal menjelma tak lama lagi. Alhamdulillah aku bersyukur kerana diberi peluang untuk menyambut bulan puasa pada tahun ini lagi. Lebih istimewa puasa kali ini aku dapat berpuasa penuh di rumah, tak seperti dua tahun sebelum ini di mana aku menyambutnya jauh dari keluarga tersayang,sebabnya kerana hendak menunaikan amanah Allah iaitu menuntut ilmu. 


Dalam bulan yang penuh dengan berkat nie, aku harap aku dapat.... :
  • posa penuh ( imposibble ???!!! )
  • sembahyang terawih penuh...insyaAllah
  • khatam Al-Quran
  • menyiapkan report kem hutan yang tak bergerak-gerak lagi nie ( buka sem dah nak kena hantar ) huhu...
  • kurangkan berat badan, kalo boleh la...
  • yang paling penting iman, solat dan akhlak juga perlu dijaga
Banyak lagi sbenarnya yang aku hajati namun biar la sampai disini saja dulu. Peringatan untuk diriku dan semua : Semoga bulan yang barakah nie anda dapat menghargai dengan sebaiknya kerana kita tidak mungkin akan tahu,adakah kita berpeluang menyambut kedatangannya lagi...jangan lupa niat puasa nanti tau !!!



Salah satu lagu feveret aku ! layan~~~


Post by wida

0 kuman kumin:

 
Blogger design by Laila Mahfol