23.7.11

~Puding Roti vs Puding Laici Dangdut~

Assalamualaikum...aku saja je nak kongsi dengan hampa semua, mimpi apa ntah aku sejak kebelakangan nie suka masuk dapur, mungkin doa mak aku dah termakbul kowt anak dara dia dah mula suka masuk dapur, hahahaha.....aku try resipi yang senang-senang je la...sebelum nie aku dah penah try wat dadih, ayam goreng berempah dan hari nie aku berjaya wat dua feveret puding aku, suma yang aku try wat nie suma yang aku suka makan je la...hehe, macam nie la jadinya kalo cuti panjang-panjang....


ok ! Gambaq atas nie puding roti yang aku berjaya, sebenarnya nie kali kedua dah aku wat, nak wat puding roti nie sebenarnya senang je, bahan-bahan pun mudah dapat kat pasaraya-pasaraya terdekat dengan anda semua, hahahaha...dah mula berbicara seperti chef,padahal baru berjaya wat yang nie je... Antara bahan yang perlu disediakan ialah :

Bahan A : 
  • 2 cawan susu segar 
  • 8 keping roti putih ( roti Gardenier la tue )
1. Bahan-bahan kat atas nie, hampa hancurkan ataupun koyakkan roti dan rendam dalam susu selama 30 minit.

Bahan B :
  • 4 sudu makan gula halus
  • 2 sudu makan mentega 
  • 2 biji telur ayam 
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu makan tepung jagung 
2. Bahan-bahan yang nie pula, anda kacau dan gaul rata.

3. Masukkan kismis (takmau letak pun takpa tapi kalau bubuh lagi bagus) dan tuangkan ke dalam loyang. 

4. Bakar pada suhu 180darjahcelcius selama 30minit atau sehingga masak la senang citer orang tua kata.

5. Siap untuk dimakan !



Sebenarnya gambaq kat atas nie bkn yang real, tapi  rupa dia ala-ala macam nie la...sebab puding laici aku dok ada dalam peti ais...tak keras lagi, hehe...wat puding laici nie ala-ala macam wat agar-agar je pun, ter*sangat la mudah, tak sampai setengah jam pun....bahan-bahan yang perlu disediakan ialah :
  • 10 gram serbuk agar-agar
  • 1 liter air @ 4 cawan air
  • 1 cawan gula halus
  • 1 tin laici 
  • 1 tin susu cair ( 400 mililiter )
Cara-cara nak buat macam nie haaa...
  1. Masakkan serbuk agar-agar, air dan gula sehingga mendidih.
  2. Tutupkan api. Kemudian masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
  3. Tuangkan ke dalam acuan.
  4. Apabila sejuk, masukkan dalam peti sejuk.
  5. Agak-agak dah sejuk elok,potong dan hidang untuk dimakan. 
Selamat mencuba ! InsyaAllah aku akan cuba masukkan lagi entri pasal resipi-resipi yang aku dah try wat...yang pasti sumanya yang mudah-mudah je....terima kasih kepada tuan punya buku 1 Hari 1 Resepi iaitu Chef Hanielieza terbitan PTS Millennia Sdn. Bhd. Kalo nak dapatkan buku nie, boleh la dapatkan di Kedai Buku Popular, hanya di Popular !

Posts by wida

    1 kuman kumin:

    Cik Caah said...

    mannnn. lepas ni aku boleh menuntut dengan hang la noh. hahaha

     
    Blogger design by Laila Mahfol