31.7.11

kekasihku yang dirindui...

Hampa jangan salah faham dengan tajuk entri nie plak...hehe, maksud kekasih yang aku rindu tue ialah bulan ramadan yang bakal menjelma tak lama lagi. Alhamdulillah aku bersyukur kerana diberi peluang untuk menyambut bulan puasa pada tahun ini lagi. Lebih istimewa puasa kali ini aku dapat berpuasa penuh di rumah, tak seperti dua tahun sebelum ini di mana aku menyambutnya jauh dari keluarga tersayang,sebabnya kerana hendak menunaikan amanah Allah iaitu menuntut ilmu. 


Dalam bulan yang penuh dengan berkat nie, aku harap aku dapat.... :
  • posa penuh ( imposibble ???!!! )
  • sembahyang terawih penuh...insyaAllah
  • khatam Al-Quran
  • menyiapkan report kem hutan yang tak bergerak-gerak lagi nie ( buka sem dah nak kena hantar ) huhu...
  • kurangkan berat badan, kalo boleh la...
  • yang paling penting iman, solat dan akhlak juga perlu dijaga
Banyak lagi sbenarnya yang aku hajati namun biar la sampai disini saja dulu. Peringatan untuk diriku dan semua : Semoga bulan yang barakah nie anda dapat menghargai dengan sebaiknya kerana kita tidak mungkin akan tahu,adakah kita berpeluang menyambut kedatangannya lagi...jangan lupa niat puasa nanti tau !!!



Salah satu lagu feveret aku ! layan~~~


Post by wida

29.7.11

Movie lagi~

CAPTAIN AMERICA
awesome!awesome!awesome!awesome!
untuk cite ni aku bagi 4/5


omg! chris evan memang cool and hot!
tapi aku rasa director captain america dok buat 
sambungan second movie plak coz cite die tergantung
*sengal
conclusion cite ni not bad..best la. kalu nak compare ngan harry potter
 rasanya harry menang lagi
sebelum movie start aku tersentap masa iklan kuar..ada cite baru but release 2012


THE AMAZING OF SPIDER MAN
hero die orang lain..lagi hensem berbanding hero sebelum ni.
jalan cite die pun macam lebih best dari sebelum ni.,,
hoorraaayyyyyyy!! tak sabar ^_^

Post by wanie

Hensem di sisi Allah

Assalamualaikum













Diketuk-ketuk oleh Ca'ah

28.7.11

Headache~

headache plezzzz go awayyyy!!
i need to finish up english assigment tonight!
Post by wanie

Fuhhhh...Penat ! Penat !

Huphaphuphap...tak hilang-hilang lagi penat nie, nak tau pasal apa? tengok gambaq bawah nie...


Haaaa...nie la sebab aku penat nak mampuihhh...aku baru ja balik dari Taman Negara Pulau Pinang nie dua hari yang lepas. Macam mana aku boleh sampai kat situ, tue yang akan jadi cerita dalam entri aku kali nie...hurmmm 

Perjalanan aku bermula pada awal pagi macam waktu orang nak masuk kerja juga, masyaAllah pagi-pagi lagi dah tersekat dalam kesesakan jalan raya,mula dari aku keluar rumah aku nie sampai la ke atas jambatan, kaya sungguh rakyat Malaysia kan  awat aku kata macam tue, mana taknya menurut fakta setiap rumah mesti lebih kurang ada 3 atau 4 buah kereta, macam kat rumah aku gak...hahaha...tapi rumah aku ada 2 je tau. Eh, mai melalut kat sini pulak ! Ok, kembali kepada tujuan sebenar aku. Hehe...

Sesampai je aku kat tempat kerja abah aku iaitu di Pusat Sains Kaji Hayat, USM, aku neves giler sebab aku tak kenal sapa-sapa pun, dah la aku join group budak-budak masters, aku nie sapa la, baru ja amik ijazah tue pun masih setahun jagung lagi dalam bidang yang aku amik. Masa aku dok termenung sorang-sorang kat foyer school tue sambil tengok orang dok lalu-lalang masuk keja, datang la sorang kakak tegur aku. Lega rasanya..rupa-rupanya kakak tue la yang aku dok mesej-mesej dengan dia sebelum nie sumanya sebab nak tau serba sedikit pasal trip hari tue. Aku panggil kak tue 'Kak Faseh', orang dia kecik molek je, comel jugak, umoq baru 23 tahun, hebat kan muda-muda lagi dah wat masters...nanti aku tunjuk gambaq dia.

Nak pi ke Teluk Bahang, kami naik van usm je...dalam van tue ada la dalam tujuh orang, tiga lelaki dan empat perempuan. Sebelum nak wat keja, kami pi la menyorok (sarapan) dulu kat Gelugor. Kami semua telan nasi lemak la sebab nak kena simpan tenaga untuk trekking sat lagi. Nak sampai kat Teluk Bahang nie,faham-faham je la jalan berpusing-pusing macam nak pi Cameron Highlands tue, aku nie buka boleh sangat, apa lagi pening kepala la aku sampai muntah-muntah, huhu...

Kami dipecahkan kepada dua kumpulan, aku ikut kak Faseh dan sorang lagi aku panggil Cik Am, dia la yang akan bantu serba sedikit dalam research kak Faseh nie.


Aku senyap-senyap amik gambaq depa dari belakang nie,bukan depa tau pun...hehe...maaf ye kak Faseh dan Cik Am. Kak Faseh nie sebenarnya nak wat research pasal rotan, jadi kami pun kena la cari kawasan yang mempunyai banyak rotan untuk wat plot. Sambil-sambil dok trekking nie la, kami mula dok beramah-ramah mesra sambil-sambil jugak berbincang tentang research kak Faseh, sedikit sebanyak aku pun dapat belajar ilmu dari kak Faseh dan Cik Am. Awal-awal tue semput jugak beb, mana taknya dok cuti lama sangat kat umah, lemak pun banyak yang terkumpul, namun aku gagahkan diri jua even pening aku still tak hilang lagi. 


Nie antara pandangan yang aku amik sebelum aku mula rabat bukit, tak sempat nak amik banyak-banyak sebab penat sangat...hehe. Banyak berhenti gak la sebab masing-masing penat kan sambil-sambil dok cari rotan. Dekat 2jam lebih trekking sampai la kami kat Pantai Kerachut. Aku teruja gila kowt sebab cantik sangat tempat tue subhanaAllah...





Gambaq-gambaq kat atas nie antara yang pemandangan yang terdapat di Pantai Kerachut. Haaa...yang gambaq last tue, mai nie aku nak habaq dari kiri tue aku la, sebelah aku kak Faseh, kak Odah dan kak Masyi. Kak Odah tue nak wat research pasal pokok rengas, dia juga ex-dip perhutanan UPM manakala kak Masyi pulak wat research pasal herba Misai Ali. Fungsi herba nie kak Masyi cakap ala-ala macam Tongkat Ali juga la iaitu untuk kekuatan tenga zahir dan batin. Tiga orang akak nie sebenarnya lulusan Ijazah Biobotani kat USM. Sebenarnya ada sorang lagi pelajar dari Ghana, nama dia Patrick. Tak sempat aku nak amik gambaq dengan dia sebab dia pemalu sikit...cewahhhh..hehe. Si Patrick nie la plak nak wat research pasal spesies Liana iaitu akar-akar yang menjalar. Banyak sangat ilmu yang aku dapat dalam 1hari. Lepas sembahyang zohor dan makan apa bagai, kami pun bertolak balik. 

Tasik Meromiktik

masyaAllah...aku bangga jadi anak Pulau Pinang

spesies yang dapat dilihat :)

Kami sampai tepat pukul 5 petang. Suma orang nampak penat sekali. Kaki aku pun dah mula terasa berdenyut-denyut. Lepas keluar dari Taman Negara, Cik Am bawa la kami pi makan kat Sungai Nibong. Nak kata lunch pun tak jugak sebab dah petang kan...hehe tapi suma bantai makan je sebab lapaq sangat. 


Pesanan terakhir dari aku jagalah khazanah hutan kita dengan sebaik-baiknya.

Post by wida 

27.7.11

Moodyy~


There are things that
we don't want to happen
but have to accept,
Things we don't want to know
but have to learn
and
People we can't live without
but have to let go
Post by wanie

25.7.11

List Must WATCH MOVIES!

So today i nak share my list movies yang patut tengok this year..
aku memang gila tengok movie kt cinema..sebab lebih puas hati dari tengok kt rumah and
cite paling terbaru yang dah aku tengok...

HARRY POTTER and the deathly hallows part 2
harry potter movies aku tengok dari first movie die lagi so sangat wajib tengok ending dia macam mana

and coming soon movies yang aku bakal tonton antaranya :
CAPTAIN AMERICA 
oh my! my hero chris evan yang berlakon..he so hot!
and this movie also my dad feveret movie too ;)

 THREE MUSKETEERS
dalam cite ni ada orlando bloom..awwww my hero jugak
i start kenal die since die berlakon dalam The Lord Of The Rings
and cite ni jugak berdasarkan novel yang ditulis oleh Alexandre Dumas from France
and start published in 1844..wow sangat dah lama.
My dad pernah cite pasal 3 musketeers ni kt i and adik long time ago.
next!

 JACK AND JILL 
pelakon adam sandler

CONAN THE BARBARIAN
cite ni pun my dad kata best and must watch

IMMORTALS
cite ni aku tak pasti pasal apa sangat kita just wait and watch ;)

 TWILIGHT BREAKING DAWN
sapa yang tak mau tengok cite ni habaq mai..cite ni semua orang suka termasuk aku
vampire hensem gila nak mampos and romantik.aku pun nak!

FINAL DESTINATION 5
kita masuk cite bunuh-bunuh plak..cite final destination aku nak habaq jangan tengok
kt tv sebab depa potong habis..so guys sila tengok kt cinema memang real habis bunuh die
dari final destination 1 until 4 memang tidak menghampa kan lansung ;)


MONTE CARLO 
last but no least..cite ciptaan dari disney and also actor from disney Selena gomez awek Justin Bieber
cite ni riang riang ria and cuci otak jika stress

ada lagi movies yang best antaranya Death race 2, Sherlock holmes 2, Real steel tapi malas nak letak poster die..lain kali la plak ok..
so nite peeps ;)

Post by wanie

23.7.11

~Puding Roti vs Puding Laici Dangdut~

Assalamualaikum...aku saja je nak kongsi dengan hampa semua, mimpi apa ntah aku sejak kebelakangan nie suka masuk dapur, mungkin doa mak aku dah termakbul kowt anak dara dia dah mula suka masuk dapur, hahahaha.....aku try resipi yang senang-senang je la...sebelum nie aku dah penah try wat dadih, ayam goreng berempah dan hari nie aku berjaya wat dua feveret puding aku, suma yang aku try wat nie suma yang aku suka makan je la...hehe, macam nie la jadinya kalo cuti panjang-panjang....


ok ! Gambaq atas nie puding roti yang aku berjaya, sebenarnya nie kali kedua dah aku wat, nak wat puding roti nie sebenarnya senang je, bahan-bahan pun mudah dapat kat pasaraya-pasaraya terdekat dengan anda semua, hahahaha...dah mula berbicara seperti chef,padahal baru berjaya wat yang nie je... Antara bahan yang perlu disediakan ialah :

Bahan A : 
  • 2 cawan susu segar 
  • 8 keping roti putih ( roti Gardenier la tue )
1. Bahan-bahan kat atas nie, hampa hancurkan ataupun koyakkan roti dan rendam dalam susu selama 30 minit.

Bahan B :
  • 4 sudu makan gula halus
  • 2 sudu makan mentega 
  • 2 biji telur ayam 
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu makan tepung jagung 
2. Bahan-bahan yang nie pula, anda kacau dan gaul rata.

3. Masukkan kismis (takmau letak pun takpa tapi kalau bubuh lagi bagus) dan tuangkan ke dalam loyang. 

4. Bakar pada suhu 180darjahcelcius selama 30minit atau sehingga masak la senang citer orang tua kata.

5. Siap untuk dimakan !



Sebenarnya gambaq kat atas nie bkn yang real, tapi  rupa dia ala-ala macam nie la...sebab puding laici aku dok ada dalam peti ais...tak keras lagi, hehe...wat puding laici nie ala-ala macam wat agar-agar je pun, ter*sangat la mudah, tak sampai setengah jam pun....bahan-bahan yang perlu disediakan ialah :
  • 10 gram serbuk agar-agar
  • 1 liter air @ 4 cawan air
  • 1 cawan gula halus
  • 1 tin laici 
  • 1 tin susu cair ( 400 mililiter )
Cara-cara nak buat macam nie haaa...
  1. Masakkan serbuk agar-agar, air dan gula sehingga mendidih.
  2. Tutupkan api. Kemudian masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
  3. Tuangkan ke dalam acuan.
  4. Apabila sejuk, masukkan dalam peti sejuk.
  5. Agak-agak dah sejuk elok,potong dan hidang untuk dimakan. 
Selamat mencuba ! InsyaAllah aku akan cuba masukkan lagi entri pasal resipi-resipi yang aku dah try wat...yang pasti sumanya yang mudah-mudah je....terima kasih kepada tuan punya buku 1 Hari 1 Resepi iaitu Chef Hanielieza terbitan PTS Millennia Sdn. Bhd. Kalo nak dapatkan buku nie, boleh la dapatkan di Kedai Buku Popular, hanya di Popular !

Posts by wida

    22.7.11

    Cool plastic bags!

    Assalamualaikum.










    :)




    diketuk-ketuk oleh Cik Ca'ah

    17.7.11

    oh Sunday!!

    Time..time lunch macam ni aku berharap aku ada kt rumah (penang)..
    bleh makan apa yang mak masak, tak gadoh nak pi beli kt luar,
    tak perlu siap la bagai
    bangun tidoq.mengeliat sikit,mandi turun bawah tarrrraaaa makanan
    dah ada atas meja......aku punya la baloq liat bukan nak tolong,keja nak makan jaa..
    kalau mak tak masak pun..ayah mesti pi beli bagi anak die makan
    benda yang ayah aku selalu beli of course tak lain tak bukan NASIK KANDAQ bebeh!!
    dalam family aku ayah ngan adik memang addicted ngan nasik kandaq and
    nasik beriani dari kecik sampai besaq kalau bleh tiap2 ari nak makan >_<


    Nasik kandaq.
    *masuk ni dah 3 bln aku tak makan.aku rasa semakin lemah!

    Nasik beriani dan ayan tandoori

    Kalu aku ada pintu doreamon or keta bumblebee transformer,sekarang jugak aku akan balik!
    malangnya memang tak wujub pun benda alah ni.so sad! aku berharap setiap pagi aku buka mata aku ada kt rumah..
    i miss my ayah,mak,adik n my boifei oren so much!

    Post by wanie

    Drive to SJ and SP !

    Hai semua....

    Macam besa la hari sabtu aku datang lagi...hehe, hari nie agak memenatkan sebenarnya, pagi-pagi lagi dah teman mak aku pi Bhar Dental dekat Seberang Jaya. 

    gambar hiasan semata-mata

    Mak aku pi wat ala-ala macam kat atas nie la kowt...lupa nak ambil gambar tadi, sambil-sambil nak balik tue mak aku pun berpesan la "hampa yang muda-muda jaga la gigi elok-elok,bila tua-tua macam nie dah susah" . Bila gigi dah cantik boleh la senyum macam kat bawah nie.



    Lepas makan tengah hari pula,aku saja la ajak abah aku pi main bowling, abah aku pun setuju. Aku ajak la pi main kat Park Avenue Sungai Petani,saja nak tukar angin la katakan. Dalam perjalanan ke Sungai Petani tadi,panas hati gak la dengan pemandu-pemandu lori kat atas highway tue,dah tau kenderaan berat dok la belah kiri,ini tak sesuka hati je nak masuk line kanan,bertimbang rasa la sikit wahai pemandu-pemandu lori yang bijaksana,tau la hampa tue besaq jangan la sesuka hati nak menindas yang kecik nie...ok sampai situ ja cerita pasal pemandu-pemandu yang berhemah kat atas lebuhraya nie, kita sambung dengan cerita nak main bowling, malangnya hajat mak dan abah aku nak main bowling tak kesampaian termasuk la aku sekali dah lama aku tak main sebenarnya gian juga la  sebabnya ada tournament kelab apakebenda ntah, huhu...lepas tue apa lagi pi shopping je la kat The Store Sungai Petani tue, ramai juga la manusia kat situ, kebanyakan yang aku perasan budak-budak uitm la kowt yang lepak-lepak kat situ sebab bowling dengan wayang pun ada kat situ lagi satu besa la hari minggu kan orang mesti keluar jalan-jalan macam aku juga...hehehe, penat shopping dapat la sikit habuan kat aku mentang-mentang la adik aku tak ikut  


    nie la habuannya...sori aku dah makan sikit...hehe..nyum ! nyum !

    kiri : aku punya
    kanan : abah dan mak aku punya
    ok last skali, wani, fatin dan caah bila kita nak keluar pi main bowling skali nie ??? hehe...

     Post by wida

    15.7.11

    Most WANTED!

    This fashion get my attention! 
    i wish i was her wearing that red sheer sleeve abaya
    Post by wanie

    Kisah dakwah yang menyayat hati


    Assalamualaikum. Tadi ca'ah tak boleh tido then try selongkar mana mana blog yang hado. Pastu terjumpa dengan cerita ni and i think i should share this to u guys. Enjoy it :)

    ************************************************************

    Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

    Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

    Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata

    “Ayah! Saya dah bersedia”

    Ayahnya terkejut dan berkata
    “Bersedia untuk apa?”.

    “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”

    “Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”

    “Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”

    Ayahnya menambah
    “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”

    Dengan merintih anaknya merayu
    “Benarkan saya pergi ayah?”

    Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya
    “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”

    “Terima kasih Ayah”

    Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

    Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

    Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
    siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

    Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

    Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih.
    “Nak, apa yang makcik boleh bantu?”

    Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

    “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
    bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

    “Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut

    Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya ” Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu”

    Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu.

    “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
    pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini”

    Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

    “Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.

    “Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”

    “Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.

    “Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.

    “Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”

    Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

    Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

    Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.




    cerita kredit ke: blog my-sensasi







    diketuk-ketuk oleh Cik Ca'ah

    kami berDUA

    cerita antara aku dan sahabat lama aku di matriks dulu,nama mmber aku nie Ain Wafa  aku selit dulu la gambar-gambar kami pi dating tadi...hehe



    jadi minah rempit aku hari nie :)
    Aku sebenarnya dah lama tak jumpa mmber aku nie,bila dah alang-alang mmber aku nie mai penang, aku pun bersemangat la ajak jumpa sebab bila lagi boleh jumpa kan...walaupun dua orang je kami bedal je,hehe...kami pi dating tak jauh pun dekat AEON Jusco Seberang Perai je...merempit plak tue, memang enjoy abes la....apa yang kami buat kat jusco tue kan ? hurmmmmm...meh sini nak story-mory...

    • window shopping no money no talk
    • makan-makan sambil bergosip-gosip cerita lama....actually i like this part !!! sapa yang tak suka kan ?
    • tengok wayang :)

    kami tengok cerita nie la...
    Bagi pandangan aku, movie nie penuh dengan mesej-mesej yang positif...memang bijak lakonan Jim Carrey, movie nie buat aku tergelak-gelak dengan telatah enam penguin di dalam movie nie iaitu Kapten, Stinky, Bitey, Loudy, Lovey dan Nimrod. Ada ka penguin tengok cerita chaplin ??? takkan pernah anda jumpa di mana-mana...hehe, nak tau lebih lanjut senang cerita hampa pi tengok kat wayang la...OK 

    Post by wida

    14.7.11

    Trying to be FIT!

    Insyaallah..my short term achievement
    I'm going to accept this challenge to
    shape up my body with14 days or more diet program with nestle fitnesse cereal and nestle bliss yogurt!
    replace all my heavy meal with this and try to exercise..maybe joging or skipping or playing badminton or just do simple exercise.i will try

    I'm determined to make it work! i am not trying to get slim body or whatever blaa..bla.bla.bla but i'm doing for this

    actually its very heavy task..i need cut down eating heavy meal, avoid from eat junk food,soft drink,pastry
    what can i say all unhealthy food! pray for me guys.. ;)

    *ok fine tulis entry sambil mkn 4 roti sausage... yg kecik pnya ok! mcm mn nak stop ni -__-
    Post by wanie

     
    Blogger design by Laila Mahfol